Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sen.tu.han] | برسنتوهن

Definisi : 1. berhantukan, bersenggolan, bersinggungan sedikit: kerana disesak orang, ~lah aku dgn gadis itu; 2. ki bersangkut-paut (dgn), berkaitan (dgn); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sen.tu.han] | برسنتوهن

Definisi : saling mengenai antara satu dgn yg lain; bersinggungan sedikit: Kerana orang terlalu banyak, kami ~ antara satu dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentuh
Kata Terbitan : bersentuh, bersentuhan, menyentuh, tersentuh, sentuhan, kesentuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
occlusal surfacepermukaan oklusiPerubatanTiadaPermukaan kegigian atau dentur yang bersentuhan atau hampir bersentuhan dengan kegigian atau dentur setentang.
angle of approachsudut pendekatanMekanikGunaanSudut putaran yang dilalui oleh gear yang berputar dari masa separang gigi mula bersentuhan sehingga gigi-gigi itu bersentuhan di titik pic. Sudut pendekatan merupakan sebahagian daripada sudut tindakan. Lihat juga sudut penjauhan, sudut tindakan.
gas electrodeelektrod gasKimiaKimia AnalisisElektrod yang terdiri daripada gas yang bersentuhan dengan larutan yang mengandungi ion gas tersebut dan biasanya dalam kehadiran logam lengai seperti platinum. Contohnya gas hidrogen yang bersentuhan dengan larutan yang mengandungi ion H+ di permukaan logam platinum.
postural resting positionposisi rehat posturPerubatanTiadaPosisi mandibel apabila otot-ototnya tidak tegang, badan tegak berdiri ataupun duduk, bibir bersentuhan dan mata tepat kehadapan. Gigi tidak pula bersentuhan dan jarak antara gigi anterior atas dan bawah ialah 2.5 mm.
bite analysisanalisis gigitanPergigianTiadaProsedur mengkaji gigitan pesakit sebelum membuat restorasi yang kompleks seperti korona atau jambatan. Ia melibatkan catatan gigi yang bersentuhan semasa mulut ditutup dan juga gigi yang bersentuhan semasa pergerakan mandibel ke hadapan dan ke sisi. Analisis ini penting kerana gigitan asal tersebut patut dikekalkan selepas restorasi dibuat.
point of contacttitik sentuh; titik pertemuanKejuruteraanTiada1.Titik sentuh: Titik tunggal tempat dua lengkung, atau dua permukaan melengkung, bersentuhan.,2. Titik tempat garis tangen menyentuh lengkung. Sinonim: tangenan.,3. Titik tempat sesuatu jasad bersentuhan dengan jasad yang lain, atau dengan permukaan yang menyokongnya.
high bitegigitan tinggiPergigianTiadaKawasan restorasi yang tinggi yang mengakibatkan gigi-gigi lain tidak bersentuhan apabila rahang ditutup. Kawasan ini dapat dikesan dengan menggunakan kertas artikulat yang akan menunjukkan lokasi gigitan tinggi tersebut. Gigitan tinggi ini boleh dikurangkan dengan memangkas restorasi tersebut secara berperingkat-peringkat sehingga semua gigi bersentuhan seperti keadaan sebelum restorasi tersebut dibuat.
edge waterair pinggirKejuruteraanPetroleumAir yang bersentuhan dengan pinggir minyak dan/atau gas yang terdapat bersama-sama di dalam sesuatu formasi. Umumnya, air ini berada di horizon formasi terbawah dari horizon-horizon formasi lain yang mengandungi minyak dan/atau gas sehingga minyak dan/atau berkenaan terletak pada kedudukan struktur yang atas. Biasanya air ini juga akan menggantikan kedudukan minyak dan/atau gas yang bersentuhan dengannya apabila minyak dan/atau gas tersebut telah dikeluarkan dari formasi berkenaan.
in contactbersentuhanPertanian OrganikTanaman Makanan-
coefficient of frictionpekali geseranMekanikGunaanPekali bagi geseran di antara dua permukaan yang bersentuhan. Pekali ini merupakan pemalar perkadaran di antara daya geseran maksimum yang mampu diwujudkan oleh permukaan-permukaan yang berkenaan dengan daya tindak balas snormal yang wujud dalam keadaan itu. pekali geseran adalah malar untuk dua permukaan tertentu, bebas daripada jisim jasad yang terlibat dan juga bebas daripada luas kawasan sentuh. Ia bersandar pada keadaan kemasan permukaan, bahan-bahan yang bersentuhan dan keadaan yang wujud di antara dua permukaan sentuh itu (misalnya, nilai pekali geseran menurun jika pelincir diletakkan di antara permukaan sentuh). Dalam keadaan gerakan, pekali ini bersandar juga pada halaju nisbi yang terlibat. Simbol yang kerap digunakan untuk pekali geseran ialah m. Pekali geseran merupakan nisbah dua daya; oleh itu ia tidak mempunyai sebarang unit ukuran. Lihat juga pekali geseran kinetik, pekali geseran statik.
12345678910...

Kembali ke atas