point of contact | titik sentuh; titik pertemuan | Kejuruteraan | Tiada | 1.Titik sentuh: Titik tunggal tempat dua lengkung, atau dua permukaan melengkung, bersentuhan.,2. Titik tempat garis tangen menyentuh lengkung. Sinonim: tangenan.,3. Titik tempat sesuatu jasad bersentuhan dengan jasad yang lain, atau dengan permukaan yang menyokongnya. |
lubricate | melincir | Kejuruteraan | Tiada | 1. Mengenakan pelincir supaya permukaan yang bersentuhan dan mengalami gerakan relatif, menjadi licin dan kurang haus.,2. Bertindak sebagai pelincir. |
capillary attraction | tarikan rerambut | Perubatan | Tiada | 1. Keadaan disebabkan ketegangan permukaan, terdapat peninggian atau penurunan permukaan cecair yang bersentuhan dengan pepejal . |
pressure angle | sudut tekanan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sudut di antara garis normal sepunya bagi dua gigi gear yang bersentuhan dengan tangen sepunya terhadap bulatan pic.,2. Sudut di antara paksi batang pengikut sesondol dengan garis tindakan daya yang dikenakan oleh sesondol pada pengikut. [KM] |
pressure angle | sudut tekanan | Mekanik | Gunaan | 1. Sudut di antara garis normal sepunya bagi dua gigi gear yang bersentuhan dengan tangen sepunya terhadap bulatan pic. Ia juga dinamai sudut keserongan. Lihat juga bulatan pic. 2. Sudut di antara paksi batang pengikut sesondol dengan garis tindakan daya yang dikenakan oleh sesondol pada pengikut. (Garis tindakan daya itu normal terhadap lengkung pic yang melalui titik surih). Lihat juga lengkung pic, titik surih. |
cutting edge | pinggir keratan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Titik atau pinggir intan atau bahan-bahan lain, yang dipasangkan pada mata gerudi.,2. Pinggir perkakas mesin larik yang bersentuhan dengan objek kerja semasa pemesinan. |
friction | geseran; pergeseran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pergeseran: Perbuatan menggosok atau menggesel permukaan sesuatu struktur dengan sesuatu yang lain.,2. Geseran: Rintangan yang dirasai apabila satu jasad bergerak relatif terhadap jasad lain yang bersentuhan dengannya. |
crazing | retakan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Rangkaian retakan halus di atas atau di bawah permukaan bahan seperti enamel, logam atau plastik.,2. Perkembangan rangkaian retakan di atas permukaan logam.,3. Pemeriksaan bahan penebatan apabila ia diregang dan bersentuhan dengan pelarut tertentu atau wapnya. |
marine environment | persekitaran laut | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Habitat organima yang hidup di laut dan di muara sungai. 2. Dalam pengawetan kayu, istilah ini merujuk kepada kayu yang bersentuhan dengan air laut, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, seperti kerja kayu yang dgunakan di pelabuhan, tembok laut, dan industri perkapalan. |
follower | pengikut | Mekanik | Gunaan | 1. Gear (atau kapi) yang bergerak dengan dipacu oleh gear (atau kapi) pemacu. Istilah ini juga digunakan untuk aci yang menyokong gear (atau kapi) berkenaan. Lihat juga gear pengikut, kapi pengikut, pemacu. 2. Unsur mesin yang bersentuhan dengan sesondol dan bergerak dengan sesondol itu. Lihat juga pengikut sesondol. |