Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.pa.kat] | برسڤاکت

Definisi : semuafakat, sepakat, setuju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.pa.kat] | برسڤاکت

Definisi : bersatu dan tidak bertentangan pendapat; bersetuju: Hang Tuah berserta kawan-kawannya sentiasa ~ dlm semua hal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakat
Kata Terbitan : sepakat, bersepakat, menyepakati, kesepakatan, persepakatan, berpakat, pakatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
price fixingpenetapan hargaEkonomiTiadaAmalan sekumpulan firma yang bersepakat untuk menetapkan harga sesuatu keluaran akhir atau keluaran perantaraan pada tingkat tertentu.
restrictive trade practices policydasar amalan perdagangan terbatasEkonomiTiadaDasar kerajaan untuk mengawal amalan perdagangan secara terbatas oleh firma tunggal atau sekumpulan firma yang bersepakat kerana kemungkinan kesan negatif daripada tindakan anti persaingannya.
just of war (jur ad bellum)hukum perangSains PolitikHubungan AntarabangsaKonsep yang berkaitan dengan keadaan yang menjadikan perbuatan peperangan sebagai suatu tindakan yang adil dan betul. Kebanyakan perbahasan tentang hukum perang bersepakat menetapkan hukum ini sebagai adil dan betul apabila sesebuah negara berperang atas dasar membela diri, termasuk berperang kerana membela pihak ketiga yang lemah dan tidak berupaya membela diri sendiri. Hujah pembelaan pihak ketiga yang lemah ini pernah digunakan dalam PBB untuk menjustifikasikan Perang Teluk atau serangan terhadap Iraq yang telah menceroboh Kuwait yang lemah.
North Atlantic Treaty Organization (NATO)Pertubuhan Perjanjian Atlantik UtaraSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1949.Pertubuhan ini merupakan reaksi Barat terhadap ancaman yang diterima daripada Kesatuan Soviet selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Pertubuhan ini pada asalnya mempunyai 12 anggota, iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Kanada, Itali, Belanda, Belgium, Luxembourg, Denmark, Iceland, Norway dan Portugal. Keanggotaannya diperluas meliputi Greece, Turki (1952), Federal Republic of Germany (1955) dan Sepanyol (1982). Anggota pertubuhan ini bersepakat menganggap bahawa sebarang serangan terhadap mana-mana anggota sebagai serangan terhadap semua negara. Setiap anggota bertanggungjawab menolong anggota yang diserang sebagaimana yang diperlukan bagi memulihkan keselamatan kawasan Atlantik Utara. Setelah berakhirnya Perang Dingin, pertubuhan ini masih lagi dianggap relevan dan diperlukan oleh negara anggotanya. Sinonim NATO.

Kembali ke atas