Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.siul] | برسيول

Definisi : 1. membuat bunyi (spt bunyi suling) dgn mulut: kemudian didengarnya bunyi orang ~; 2. berbunyi (burung), mendesit (ular): unggas-unggas berterbangan dr dahan ke dahan serta ~-siul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.siul] | برسيول

Definisi : 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersiul

Peribahasa

Bertepuk sebelah tangan,
     bersiul sambil menganga.

Bermaksud :

Cinta kasih yang hanya datang daripada sebelah pihak saja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whistle speechbahasa siulLinguistikTiadaPola-pola intonasi ujaran yang disampaikan dengan bersiul
biocensorbiosensorPertanianAgroteknologiAlat untuk mengesan dan mengukur ketumpatan sesuatu bahan kimia yang menggunakan jirim biologi seperti tisu, mikroorganisma, sel dan enzim sebagai pengesan bahan berkenaan. Contoh awal biosensor ialah penggunaan burung kenari oleh pelombong arang untuk mengesan kehadiran gas metana dan karbon monoksid di dalam lombong. Burung kenari akan berhenti bersiul atau mati apabila mengesan gas berkenaan dan ini digunakan sebagai amaran kepada pelombong untuk keluar daripada lombong arang. Satu contoh masa kini ialah pengesan kandungan glukosa dalam darah. Enzim glukosa oksida digunakan untuk menghuraikan molekul glukosa dan proses ini menghasilkan elektron yang menjana arus elektrik yang dapat diukur. Kekuatan arus elektrik dapat digunakan untuk mengira ketumpatan glukosa dalam darah.

Kembali ke atas