Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.struk.tur] | برستروکتور

Definisi : mempunyai struktur, ada strukturnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.struk.tur] | برستروکتور

Definisi : mempunyai struktur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berstruktur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interviewtemu bualPsikologiPsikologi UmumKaedah untuk mendapatkan maklumat seperti sejarah hidup individu, sifat personaliti dan kedudukan kesihatan mental terkini secara bersemuka. Terdapat dua jenis temu bual, iaitu berstruktur dan tidak berstruktur. Dalam temu bual tak berstruktur, perbualan lebih bersifat tidak formal dan topik perbualan lebih terbuka. Dalam temu bual berstruktur, maklumat diperoleh melalui soal selidik dan kaedah ini adalah lebih terfokus, teratur dan terancang. Temu bual boleh digunakan untuk mengenal pasti gangguan personaliti, pemilihan kerjaya, kemasukan ke IPTA, mengkaji kedinamikan personaliti, mendapat maklumat untuk proses kaunseling atau terapi. Selain mendapat maklumat, temu bual juga membolehkan penemu bual meneliti nada suara, gerakan badan, postur dan air muka yang boleh menyokong maklumat yang disampaikan oleh individu yang ditemu bual kerana kadangkala apa yang dikatakan oleh klien mungkin tidak benar kerana gerakan badan boleh memberi makna yang lain daripada sesuatu yang diperkatakan.
restructuringpenstrukturan semula/penyusunan semulaTeknologi MaklumatTiadaPenukaran daripada perisian tidak berstruktur kepada perisian berstruktur yang lengkap dengan dokumentasi, tanpa menukar fungsi perisian tersebut.
unstructured decision makingpembuatan keputusan tidak berstrukturPengurusanPerancanganProses pembuatan keputusan pada peringkat perancangan dalam pengurusan sesebuah organisasi bagi situasi yang tidak dapat dijangkakan untuk mencapai penyelesaian dan matlamat yang diharapkan. Tindakan ini dianggap tidak berstruktur kerana bukan merupakan proses yang biasa dan tidak berlaku secara berulang. Pendekatan pembuatan keputusan tidak berstruktur memerlukan kemahiran tertentu, termasuk pertimbangan gerak hati, pengalaman masa lalu dan ujian aplikasi sistem atau model tertentu bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, dalam kes besar seperti kehilangan pesawat penerbangan, maka proses pembuatan keputusan terpaksa dilakukan secara tidak berstruktur kerana ia belum pernah dialami dan tiada rujukan tertentu yang boleh digunakan. Banding pembuatan keputusan berstruktur.
structured decision makingpembuatan keputusan berstrukturPengurusanPerancanganProses pembuatan keputusan secara sistematik pada peringkat perancangan dalam pengurusan sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat yang diharapkan. Tindakan ini dianggap berstruktur kerana perlu mempunyai beberapa unsur asas, termasuk matlamat yang jelas, keputusan-keputusan alternatif yang ada dan jangkaan hasil keputusan yang boleh dikenal pasti. Kaedah ini sesuai bagi situasi yang berlaku secara berulang dan boleh dijadikan rujukan untuk proses pembuatan pada masa akan datang. Banding pembuatan keputusan tidak berstruktur.
semi-structured interviewstemu bual separa berstrukturPendidikanTiadaBentuk temu bual yang mengandungi gabungan soalan berstruktur dan soalan terbuka.
structured query language (SQL)bahasa pertanyaan berstruktur (SQL)Teknologi MaklumatPerisianBahasa pengaturcaraan yang berasaskan pertanyaan berstruktur yang selalunya digunakan dalam sistem pengurusan pangkalan data hubungan. Bahasa ini mula dipiawaikan oleh pihak ANSI dan kemudiannya oleh pihak ISO. Bahasa ini membenarkan penemuan kembali, penyelitan, pengemaskinian dan penghapusan data. Kebanyakan pelaksanaan arahan bahasa ini melibatkan antara muka garis perintah (SQL/CLI).
JSDM (Jackson structured design method)JSDM (kaedah reka bentuk berstruktur Jackson)Teknologi MaklumatTiadaKaedah perisian berstruktur untuk analisis dan reka bentuk bagi kedua-dua pemprosesan data, dan sistem masa nyata yang telah dibangunkan oleh Syarikat Michael A. Jackson Systems Limited.
SSADM (structured system analysis and design methodology)SSADM (metodologi analisis dan reka bentuk sistem berstruktur)Teknologi MaklumatTiadaKaedah analisis sistem berstruktur yang terdiri daripada tiga kelas gambar rajah, iaitu struktur data logik, gambar rajah aliran data, dan sejarah hidup entiti.
structural reliefrelief berstrukturGeografiTiadaTiada
structural topographytopografi berstrukturGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas