Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersudut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
angular momentummomentum bersudutSains SukanBiomekanikMomentum yang terhasil apabila sesuatu jasad melakukan gerakan putaran atau gerakan bersudut. Secara matematiknya, momentum bersudut ialah hasil darab momen inersia dengan halaju bersudut. Lihat juga gerakan bersudut.
angular impulseimpuls bersudutSains SukanBiomekanikHasil darab tork dengan masa yang juga merupakan perubahan momentum bersudut. Lihat juga tork, momentum bersudut.
angular motiongerakan bersudutSains SukanBiomekanikGerakan yang berlaku apabila semua bahagian jasad bergerak berdasarkan satu paksi. Paksi tersebut boleh merupakan paksi luaran atau paksi dalaman. Contoh gerakan bersudut yang melibatkan paksi luaran ialah latihan tekan tubi. Dalam aksi ini, fasa gerakan tubuh ialah gerakan bersudut, manakala lantai yang menyokong hujung kaki untuk gerakan tubuh ke atas dan ke bawah menjadi paksi kepada latihan tekan tubi.
angular blockyblok bersudutPertanianAgroteknologiCiri partikel tanah yang bersudut dan berbentuk kuboid, dan mempunyai enam permukaan yang sama. Struktur tanah seperti ini memudahkan pengaliran air di dalam tanah dan boleh mengelakkan masalah air bertakung pada tanaman.
angular spiral linerpelapik pilin bersudutKejuruteraanTiadaPelapik bersudut yang diperbuat daripada aloi, digunakan di dalam alat pilin.
angular linegaris bersudutLandskapTiadaGarisan yang berbengkok-bengkok dan bersudut tajam. Garisan ini boleh menimbulkan perasaan teruja kepada pemerhati dan perasaan terancam atau tidak selamat dari segi psikologi seseorang.
angular velocityhalaju bersudutSains SukanBiomekanikKadar sesaran bagi gerakan bersudut mengikut arah yang ditentukan.
angular displacementsesaran bersudutSains SukanBiomekanikPerubahan posisi mutlak berdasarkan jarak yang dilalui dalam gerakan bersudut. Perubahan jarak diukur menggunakan unit radian, darjah atau pusingan.
bent inverted hang swingayun gantung kelawar bersudutSukanTiadaKedudukan gantung songsang bersudut dan ayun ke hadapan ataupun ke belakang.
angular design stylegaya reka bentuk bersudutLandskapTiadaReka bentuk yang menggunakan corak bersudut sebagai corak asas.
12345678910...

Kembali ke atas