vegetarian | vegetarian | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Seseorang yang mengambil makanan yang bersumberkan tumbuhan dan tidak mengambil sesetengah atau kesemua makanan bersumberkan haiwan. |
heme iron | zat besi hem | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Zat besi dalam makanan yang terikat kepada protein hemoglobin dan mioglobin yang dijumpai dalam makanan bersumberkan haiwan seperti daging, ikan dan ayam. Zat besi hem yang bersumberkan haiwan dapat diserap dengan baik. |
kabbalah | kabbalah | Kesusasteraan | Tiada | Pengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh |
isoflavone | isoflavon | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Bahan fitokimia bersumberkan tumbuhan yang terdiri daripada genistin dan daidzin sebagai pencegahan terhadap penyakit kanser dan penyakit jantung. |
classical fantasy | fantasi klasik | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi yang bersumberkan karya klasik seperti novel atau cerpen fantasi moden. Fantasi klasik merujuk kepada karya yang dihasilkan antara karya fantasi dalam tradisi sastera awal dengan karya fantasi zaman moden. Dengan kata lain, karya fantasi klasik mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan berbeza dengan karya fantasi yang dihasilkan oleh pengarang zaman moden. Contoh dalam sastera Melayu ialah Hikayat Merong Mahawangsa. |
neorationalism | neorasionalisme | Kesenian | Seni Bina | Gerakan rasionalis baharu dalam bidang seni bina yang muncul pada tahun 1960-an, dengan bersumberkan inspirasi dari era pencerahan dan era rasionalis pada awal abad ke-20. Gerakan ini dikenali sebagai Tendenza dan berpusat di Itali. Para pengamal gerakan ini termasuk Carlo Aymonino (1926-2010), Aldo Rossi (1931-1997) dan Giorgio Grassi. Arkitek Aldo Rossi misalnya telah menghasilkan reka bentuk bangunan Monte Amiata Complex di Milan, Itali pada penghujung tahun 1960-an. |
miracle play | drama mirakel | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang bersifat keagamaan dan mengisahkan para wali Kristian dan Virgin Mary tetapi tidak bersumberkan kitab Bible. Bentuk persembahan drama ini tidak wujud di England akibat peristiwa pembakaran buku agama oleh golongan reformasi. Walau bagaimanapun, sejumlah 42 buah drama mirakel masih wujud di Perancis, dan dikenali sebagai Miracles de Notre-Dame. |
determinate error | ralat tentuan | Kimia | Kimia Analisis | Ralat yang boleh ditentukan dan boleh dihapuskan. la biasanya malar dari segi magnitud dan arah dan boleh bersumberkan daripada kaedah. alatan atau penganalisis. Ia dikenali juga sebagai ralat sistematik. |
Bohr effect | kesan Bohr | Kimia | Biokimia | Pengurangan pengambilan oksigen oleh hemoglobin yang disebabkan oleh penurunan keasidan atau kerana kenaikan tekanan separa karbon dioksida. Kesan ini bersumberkan perubahan nilai pH kumpulan yang mengion dalam hemoglobin akibat pengoksigenan atau penyahhoksigenan molekul. Apabila pH lebih daripada 6, oksihemoglobin lebih becas negatif daripada deoksihemoglobin, dan kesan ini disebut kesan Bohr beralkali; dan apabila pH kurang daripada 6, deoksihemoglobin lebih bercas negatif daripada oksihemoglobin, dan kesan ini disebut kesan Bohr berasid. |
Islamic interbank cheque clearing system | sistem penjelasan cek antara bank secara Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sistem yang membolehkan pelunasan cek antara institusi kewangan dan cek tersebut mestilah bersumberkan daripada kegiatan yang halal. Kegiatan ini akan mewujudkan bank penghubung. Amaun bagi cek yang telah dilunaskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima, manakala akaun bank pengeluar akan didebitkan. Kedua-dua akaun ini wujud di Bank Negara Malaysia. Akaun ini akan digunakan oleh bank untuk melakukan aktiviti pasaran wang Islam antara Bank. |