Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.nam] | برتانم

Definisi : 1. sedang bercucuk tanam, mem­buat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumi­kan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.nam] | برتانم

Definisi : membuat kerja-kerja pertanian, spt bersawah, ber­kebun: Mereka membuat bermacam-macam pekerjaan spt memukat dan ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanam
Kata Terbitan : bertanam, menanam, tertanam, penanam,

Puisi
 

Orang Daik bertanam bayam,
     Baik lagi bertanam pegaga;
Carik-carik bulu ayam,
     Lama-lama bercantum juga.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Bertanam tebu di mulut,
     bertanam halia (= peria) di hati.

Bermaksud :

Mulut manis, hati busuk.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
planted areakawasan bertanamGeografiTiadaTiada
cultivated areakawasan bertanamKependudukanTiadaTiada
rice growing cyclepusingan kerja bertanam padiGeografiTiadaProses yang terlibat di dalam penanaman padi bermula daripada penyemaian dan berakhir dengan penuaian.
cultural controlpengawalan kulturBiologiPatologiKaedah pengawalan penyakit dengan mengubahsuai amalan agronomi (cara berkultur atau bertanam). Usaha ini termasuklah mengubah waktu tanam dan tuai, mengatur jarak tanam yang optimum dan lain-lain lagi.

Kembali ke atas