Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertekanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pressure cookingpemasakan bertekananMakanan dan PemakananMakananProses memasak makanan menggunakan air di dalam periuk bertekanan tinggi. Contoh pemasakan bertekanan adalah untuk mempercepat pengempukan atau pelembutan daging.
metrical constructionbinaan matrisKesusasteraanTiadaUkuran puitis yang ditujukan kepada pola atau corak tetap yang terdapat pada suku kata yang bertekanan dan tidak bertekanan dalam sesuatu baris atau rangkap bagi sesebuah puisi.
pressurized cabinkabin bertekananAeroangkasaTiadaKabin pesawat udara yang bertekanan supaya penumpang merasa selesa walaupun pesawat udara berada pada altitud tinggi.
vacuumvakumKimiaTiadaRuang yang tidak mengandungi jirim. Bagaimanapun, vakum sempurna tidak wujud. Bagi tujuan amali, vakum rendah lazimnya ditakrifkan sebagai ruang yang bertekanan 10-2 pascal; vakum tinggi bertekanan lebih rendah daripada 10-2 pascal; dan ultravakum bertekanan lebih rendah daripada 10-7 pascal.
flash distillationpenyulingan kilatKimiaBiokimia1. Penyingkiran bahan larut dengan cepat, dengan menggunakan kaedah penyulingan, seperti dalam penyahgaraman air laut dan sebagainya. 2. Penyemburan campuran cecair ke dalam kebuk bertekanan rendah atau tiada bertekanan yang bertujuan menyingkirkan bahan yang lebih mudah meruap, seperti yang dilakukan dalam industri petroleum.
anapestanapesKesusasteraanTiadaKaki sajak yang terdiri daripada tiga suku kata atau dua suku kata tidak bertekanan, yang diikuti oleh suku kata bertekanan.
anapaestanapesKesusasteraanTiadaKaki sajak yang terdiri daripada tiga suku kata atau dua suku kata tidak bertekanan, yang diikuti oleh suku kata bertekanan.
air lift pumppam daya angkat udaraKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat yang menggunakan udara bertekanan tinggi untuk mengepam air dari telaga. Alat ini diperbuat daripada dua paip sepaksi. Kedua-dua hujung paip terendam di dalam air. Udara bertekanan tinggi dihantar melalui paip dalam untuk membentuk campuran udara dan air yang akan dialirkan naik melalui paip luar. Alat ini juga boleh digunakan untuk memindahkan campuran pasir dan air.
unsaturated zonezon tak tepuHidrogeologiTiadaZon di antara permukaan tanah dan muka air tanah, yang mencakup rumbai rerambut. Zon ini mengandungi air cair yang bertekanan kurang dari tekanan atmosfera dan air dalam fasa gas bertekanan atmosfera. Zon ini juga mengandungi udara, dan berbagai-bagai gas lain. Ruj.: Lohmann drr. 1972 Sin.: zon pengudaraan, zon vados, zon air terampai, jalur luluhawa, zon kurang tepu
air embolismembolisme udaraPerubatanTiadaKehadiran udara di dalam pembuluh darah. Keadaan ini berlaku akibat perubahan tekanan atmosfera yang terlalu cepat, iaitu apabila seseorang beralih dari tempat yang bertekanan tinggi ke tempat yang bertekanan rendah dengan tiba-tiba. Misalnya, keadaan ini boleh dialami oleh penyelam laut dalam yang muncul ke permukaan air dengan tiba-tiba.
12345678910...

Kembali ke atas