Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tem.bung] | برتمبوڠ

Definisi : 1. berjumpa (dgn tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak: mereka selalu ~ dgn bapanya yg pulang dr laut; 2. bertemu menjadi satu, bercantum (sungai, jalan, dll): anak-anak sungai itu ~ pula dgn anak-anak sungai yg lebih besar; 3. berlanggaran, bersentuhan: kereta yg di-pandunya ~ dgn lori balak; 4. ki saling berpandangan, bertemu (pandangan): apabila mata ~, pemuda yg berbaju bunga nekat melepaskan senyum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tem.bung] | برتمبوڠ

Definisi : 1 ber­jumpa dgn tidak disangka-sangka; ter­serempak: Ketika ke pekan tadi, kami telah ~ dgn ibunya di tengah jalan. 2 bertemu menjadi satu (bkn sungai dll); bercantum. 3 berlanggar (bkn kenderaan): Kereta yg dipandunya ~ dgn lori balak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertembung

Peribahasa

232

When Greek meets Greek, then comes the tug of war

Apabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan.

Anjing galak, babi berani

They world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of war

Pertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - anjing galak, babi berani.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
impingesantak/ tembungPerubatanTiadaBertembung dan meninggalkan kesan.
occludedtemu-perengganGeografiTiadaPerihal dua gerakan bendalir yang bertembung dan bertaup.
frontogenesisfrontogenesisGeografiTiadaProses di mana dua jisim udara yang berbeza ciri fizikal bertembung secara mendatar di zon perenggan.
reflectionrefleksi; pantulan; pemantulanGeografiTiada2. Pantulan: Biasan atau songsang cahaya atau gelombang akibat bertembung dengan permukaan tak lut cahaya.
orographic rainhujan orografikGeografiTiadaHujan yang terjadi apabila arus udara yang djulang menegak bertembung dengan sawar topografi.
rainsplashpercikan hujanGeografiTiadaLantunan butir-butir hujan dan enapan bila titisan hujan yang jatuh bertembung dengan permukaan tanah.
rainsplashpercikan hujanGeologiTiadaLantunan butir-butir hujan dan enapan bila titisan hujan yang jatuh bertembung dengan permukaan tanah.
orographic precipitationkerpasan orografikGeografiTiada1. Kerpasan yang berlaku akibat julangan menegak sebuah arus udara yang bertembung dengan sawar topografi.
acculturationakulturasiMuzikTiada

Proses penyerapan dan penyesuaian budaya yang berlaku apabila dua kebudayaan yang berbeza bertembung. Proses ini akan melahirkan kebudayaan yang baru seperti kebudaya­an Baba dan Nyonya hasil percantuman ciri Melayu dan Cina.

diffractionpembelauanKimiaTiadaFenomena yang ditunjukkan oleh gelombang elektromagnet, bunyi dan elektron, yang terhasil daripada penyerakan gelombang oleh susunan sekata titik. Pembelauan berlaku apabila panjang gelombang sinaran lebih kurang sama dengan jarak yang memisahkan titik. Gelombang terserak mengganggu satu sama lain apabila bertembung semula, iaitu fasa yang sama bertembung menghasilkan gelombang terang, dan sebaliknya.
123

Kembali ke atas