Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.kir]/[ber.u.kir] | براوکير

Definisi : 1. berhiaskan lukisan-lukisan dll yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menoreh, dll): kerusi yg ~; 2. bergambar pd kulit tubuh dll (digores-gores dan diwarnai), bercacah; mukanya ~ mukanya bercacah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.kir]/[ber.u.kir] | براوکير

Definisi : mempunyai hiasan yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menarah dll): kerusi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukir
Kata Terbitan : berukir, mengukir, terukir, ukiran, pengukir,

Puisi
 

Tiga puluh bintang di langit,
     Jatuh sebiji ke Laut Melaka;
Kapur berukir pinang berlirit,
     Sirih berlandung air mata.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bas-relieftimbulan besKesenianHiasan DalamanArca timbul berukir yang dilekatkan pada permukaan dinding yang rata. Motif timbul berukir yang digunakan tidak begitu tinggi daripada permukaan dinding asal. Contoh timbulan bes yang paling jelas adalah seperti yang terdapat pada jalur berukir di atas tiang Parthenon. Ukiran timbulan bes tidak sama dengan ukiran alto-rilievo yang mempunyai ukiran timbul yang begitu menonjol keluar serta tinggi daripada permukaan dinding asal.
cameo stampcap kameoPerpustakaanTiadaAlat yang pernah digunakan untuk cetakan tanpa warna pada abad ke-11 hingga ke-16 yang berbentuk bujur, berukir dan berpahat dengan hiasan reka bentuk bergambar yang dicap atau dicetak pada bahagian tepi buku yang akan menghasilkan hiasan berukir.
engravedberukir/bergores/berturisKomunikasiTiadaTiada
engravedberukir/bergores/berturisPerpustakaanTiadaTiada
piecrust tablemeja berukir tepiKesenianTiadaMeja bulat yang mempunyai ukiran yang timbul atau kumai di bahagian tepi permukaannya.
carved paddlepemukul berukirArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada kayu untuk menghasilkan hiasan tembikar tanah. Bahagian permukaan pemukul diukir dengan corak yang dipukul pada bahagian permukaan atau badan tembikar tanah dalam keadaan basah. Pemukulan dilakukan dengan bebas, buktinya terdapat sebahagian corak dengan kesan tindihan pada corak yang sama. Corak yang biasa digunakan ialah corak tali.
engraved title pagemuka surat judul berukirPerpustakaanTiadaTiada
artotypeartotaipPerpustakaanTiadaGambar foto berukir yang dihasilkan melalui satu daripada proses-proses gelatin.
ruangruangKesenianTiadaBahagian yang tidak berukir di dalam sesuatu ukiran.
lighting sculpturearca lampuLandskapTiadaObjek berukir yang dilengkapi dengan lampu untuk menyerlahkan objek tersebut pada waktu malam . .
1234

Kembali ke atas