fairness bias | bias kesaksamaan | Psikologi | Psikologi Umum | Bias yang timbul daripada keinginan individu untuk mengelakkan kerugian. Individu boleh menjadi tidak rasional apabila berdepan dengan masalah pemilihan yang berkaitan dengan ekonomi. Walaupun kebanyakan individu menyukai kemenangan tetapi dalam keadaan tertentu individu tersebut boleh bekerjasama dengan orang lain supaya sama-sama mendapat manfaat walaupun terpaksa berkongsi. Dalam keadaan ini, biasanya bias akan terjadi. Tingkah laku ini sama seperti peribahasa biar tiris jangan tumpah. |
confirmation bias tendency/confirmatory bias tendency | kecenderungan bias pengesahan | Pengurusan | Perancangan | Suatu keadaan apabila seseorang berusaha untuk mencari maklumat supaya dapat mengesahkan dan mempertahankan pendapatnya sendiri, selain dapat menolak maklumat yang boleh menyanggah pendapatnya. Kecenderungan bias pengesahan akan menyebabkan keputusan dibuat secara tidak wajar kerana tidak membuka persepsi individu kepada maklumat yang lebih menyeluruh. Contohnya, kecenderungan bias pengesahan boleh berlaku apabila seseorang pengurus terlalu cenderung dengan keputusannya untuk membuka cawangan perniagaan baharu tanpa mengambil kira faktor persaingan dan permintaan yang terhad. |
internal bias | pincang dalam | Kejuruteraan | Tiada | Pincang pada mekanisme pencetak mula-berhenti, yang berbentuk sama ada tanda atau jarak, yang akan memberi kesan pada kendalian seterusnya. |
deflective force of earth's rotation | kuasa bias putaran bumi | Geografi | Tiada | Daya imbasan yang terhasil akibat putaran bumi di atas paksinya.Daya tersebut menyebabkan sebarang jasad yang bergerak di atas permukaan bumi akan terimbas ke kanan di Hemisfera U dan ke kiri di Hemisfera S. Daya ini dikenali juga dengan nama daya Coriolis. |
demand characteristics | ciri tuntutan | Psikologi | Psikologi Umum | Fenomena yang wujud apabila responden boleh mengagak hipotesis yang cuba dibuktikan oleh penyelidik. Oleh itu, responden memberi respons yang tidak sepatutnya, sehingga data yang dihasilkan bersifat bias. Contohnya, sekiranya penyelidik ingin menguji sama ada tekanan boleh menjejaskan prestasi kerja, maka responden akan menunjukkan prestasi kerja yang terlampau rendah. Sinonim sifat tuntutan. |
refracted wave | gelombang terbias | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Gelombang yang merambat dari suatu media ke suatu media yang lain dengan halaju dan arah yang berbeza dari gelombang tuju. Jika sudut tuju bukannya 90O gelombang akan terbias ke dalam media berikutnya. Kaitan antara sudut tuju, sudut pantulan, sudut bias dengan halaju gelombang adalah seperti yang berikut: sinθi/vi = sinθs/vs = sinθp/vp. Pantulan dan pembiasan gelombang pada sempadan dua media. |
decision making | pembuatan keputusan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses atau tindakan mengambil ketetapan bagi sesuatu perkara atau isu. Pembuatan keputusan merupakan satu perkara yang amat penting dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Setiap keputusan yang diambil mestilah profesional, rasional, bijaksana, tepat, adil dan saksama serta tidak bias kepada mana-mana pihak. Ini kerana setiap keputusan akan mempengaruhi segala aktiviti, rancangan dan perjalanan sesebuah organisasi. Dalam proses pembuatan keputusan, beberapa perkara perlu dikenal pasti iaitu, (i) Penyataan masalah dan pengumpulan maklumat, (ii) Mencari alternatif, (iii) Meramalkan kemungkinan yang akan berlaku dan merancang perkara-perkara di luar jangkaan, dan (iv) Membuat ketetapan, menentukan risiko dan ganjaran yang akan diterima. Antara beberapa masalah yang biasa berlaku berhubung dengan proses pembuatan keputusan iaitu kelewatan, penyelewengan, kekaburan dan ketidakpastian. |