DNA polymerase II | DNA polimerase II (Pol II) | Biologi | Genetik | Enzim yang mempunyai aktiviti polimerase untuk memanjangkan molekul DNA dalam arah 5� ke 3�, tetapi tidak mempunyai aktiviti eksonuklease. bd. DNA polimerase I, DNA polimerase III. |
bone-in-leg steak type II (BIL-steak type II) | stik sepaha bertulang jenis II | Veterinar | Tiada | Tiada |
SRC-II process | proses SRC-II | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Singkatan bagi proses �Solvent Refined Coal II�, iaitu pembaikan proses SRC dengan keutamaan untuk menghasilkan minyak sintetik dan bukannya bahan api pepejal bebas sulfur atau galian. Proses dimulakan dengan menambahkan arang batu serbuk ke dalam buburan minyak produk edaran bercampur hidrogen pada suhu 370 - 400�C dan tekanan 1500 � 2000 psig. Ini bertujuan untuk merangsang penguraian terma dan pelarutan eksotermik arang batu. Produk minyak berat yang bersuhu 440 - 465�C kemudiannya disuling untuk mendapatkan komponen minyak sintetik. |
class II cavity | kaviti kelas II | Pergigian | Tiada | Sejenis klasifikasi kawasan kaviti oleh G.V. Black mengikut kejadian karies. Kaviti kelas II ialah kaviti di kawasan proksimal gigi posterior. Biasanya karies jenis ini terjadi di permukaan mesial atau distal gigi molar atau pramolar. Kaviti jenis ini biasanya direstorasi dengan bahan amalgam atau komposit. Lihat gambar. |
Hpa II tiny fragments | keratan kecil Hpa II | Biologi | Genetik | Keratan DNA yang terhasil apabila DNA vertebrat dikerat dengan enzim Hpa II. panjang keratan ialah dalam lingkungan 120 bp. |
type II vascular bundle | berkas vaskular jenis II | Buluh | Tiada | Berkas vaskular yang mempunyai selaput serabut tidak bersimetri dan salah satu sisinya terletak pada bahagian protoxilem, bersaiz lebih besar dan berbentuk seperti kipas. Berkas vaskular jenis II hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis sempit tengah. |
section II | bahagian II | Komunikasi | Tiada | Tiada |
mesothorium-II | mesotorium-II | Kejuruteraan | Tiada | Nama biasa untuk 6.13 aktinium-228 dalam siri torium. |
competition II | pertandingan II | Sukan | Tiada | Pertandingan klasifikasi individu keseluruhan. |
angiotensin II | angiotensin II | Perubatan | Tiada | Bahan yang terhasil daripada angiotensin I oleh enzim di paru-paru yang berupaya merangsang penghasilan aldosteron dan mengakibatkan vasokonstriksi. |