seed classification | pengelasan biji benih | Pertanian | Agronomi | Klasifikasi biji benih berasaskan ketulenan dan generasi. Baka yang dihasilkan oleh pembiak baka biji benih dipanggil biji benih pembiak baka. Apabila digandakan, biji benih generasi kedua dipanggil biji benih asas. Biji benih peringkat seterusnya dipanggil biji benih berdaftar, manakala yang diedarkan kepada pengguna dipanggil biji benih komersial. Contohnya, untuk tanaman padi, biji benih pembiak baka disimpan di bank gen MARDI, manakala biji benih berdaftar dan komersial dihasilkan oleh badan yang diiktiraf oleh kerajaan. |
certified seed | Biji benih berdaftar/ biji benih diiktiraf | Pertanian | Agronomi | Biji benih sesuatu varieti yang dihasilkan mengikut piawai yang dikawal ketat untuk menjamin ketulenan varieti biji benih itu. Biji benih ini mesti memenuhi keperluan minimum dari segi kandungan biji benih lain, bahan lengai dan biji benih rumpai serta peratus percambahan. Semua biji benih perlu melalui pemeriksaan di ladang dan diproses oleh kilang yag diiktiraf serta sampel biji benih perlu diuji di makmal.Sinonim biji benih diiktiraf. |
seed transmission | penyebaran biji benih | Pertanian | Agronomi | Jangkitan penyakit yang disebarkan melalui biji benih. Contohnya, biji benih yang mengandungi patogen akan menjangkiti biji benih lain. Jangkitan juga berlaku daripada biji benih yang bercambah kepada anak benih. Kebanyakan penyakit penyebaran biji benih disebabkan bakteria yang sukar dikawal melalui pemprosesan biji benih. |
Cold stratification | Stratifikasi sejuk | Pertanian | Agronomi | Sejenis rawatan terhadap biji benih tanaman di kawasan temperat untuk memecahkan dormansi biji benih. Biji benih tidak bercambah sehingga ia terdedah kepada suhu sejuk yang harus dilalui dalam keadaan semula jadi untuk memecah dormansi. Dalam kaedah ini biji benih direndam dalam air yang disejukkan sehingga 1 hingga 3 oC dalam tempoh 1 hingga 3 bulan |
seed purity test | ujian ketulenan biji benih | Pertanian | Agronomi | Ujian untuk menentukan tahap ketulenan biji benih dari segi genetik. Contohnya, dalam satu sampel biji benih mungkin terdapat 80 peratus biji benih tulen, 15 peratus biji benih asing dan 5 peratus bahan lengai. Maka, ketulenan biji benih ialah 80 peratus. Beberapa sampel biasanya diambil secara rawak bagi ujian ketulenan tersebut. |
seed treatment | rawatan biji benih | Veterinar | Tiada | Rawatan pada biji benih untuk melelaskannya supaya mudah tumbuh. Biasanya, rawatan ini dilakukan pada biji benih petai belalang (Leucaena leucocephala). Dalam kaedah ini, biji benih direndam di dalam air panas pada suhu 80o C selama 3 minit. Biji benih boleh juga dipotong pada bahagian bawahnya atau digosok pada kertas pasir. Selain itu, biji benih diwasapkan dengan metil bromida untuk mengawal serangan kulat. |
seed processing | pemprosesan biji benih | Pertanian | Agronomi | Proses menghasilkan biji benih yang bersih dan boleh disimpan daripada biji benih yang baru dituai. Pemprosesan ini melibatkan pembuangan kulit dan pengeringan ke tahap kandungan kelembapan yang dikehendaki. Proses ini juga membersihkan biji benih daripada benda asing seperti benih rumpai, biji benih tanaman lain serta biji benih yang rosak. Untuk memasarkan biji benih yang telah diproses, pengendalian, penggredan dan pembungkusan perlu dilakukan. |
breeder seed | biji benih pembiak baka | Pertanian | Agronomi | Biji benih terpilih hasil daripada program pembaikbakaan yang pengeluarannya diselia oleh institusi pembaik baka berkenaan. Seorang pembaikbaka yang berkelayakan akan membekalkan biji benih asal dan memantau penanaman biji benih itu dan pengutipan hasil biji benih untuk menjamin ketulenan baka biji benih berkenaan. |
pure seed | biji tulen/biji benih tulen | Pertanian | Agronomi | Biji benih tanaman yang telah dibersihkan daripada bahan-bahan lain termasuk biji benih asing dan kotoran seperti daun, batang dan tanah. Seterusnya, biji benih akan dilabel dan disahkan kebersihannya mengikut piawai ketulenan. Sinonim biji benih tulen. |
seed longevity | kelanjutan usia biji benih | Pertanian | Agronomi | Tempoh biji benih dalam keadaan bernas, bermula dari permulaan proses simpanan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan kelanjutan usia biji benih seperti kelembapan, suhu persekitaran dan kandungan air dalam biji benih tersebut. Contohnya, kelembapan biji benih padi yang kandungan airnya 14 peratus dalam suhu 10oC atau 12oC, dapat melanjutkan usia biji benih tersebut. |