apparent digestibility | kebolehcernaan ketara | Veterinar | Tiada | Kebolehcernaan yang mengambil kira jumlah makanan yang diambil setelah ditolak dengan jumlah najis yang dikeluarkan, termasuklah bahagian nutrien endogen yang bukan berasal daripada makanan. Lazimnya nilai kebolehcernaan ketara lebih rendah daripada nilai kebolehcernaan sebenar. Formula: KK = BK dimakan - BK najis x 100 BK dimakan KK - kebolehcernaan ketara BK - bahan kering |
true digestibility | kebolehcernaan sebenar | Veterinar | Tiada | Jumlah sesuatu nutrien yang dimakan dan diserap, selepas ditolak nutrien yang berasal dari dalam badan atau bahan endogen. Jumlah ini boleh ditentukan dengan menjalankan satu uji kaji keseimbangan dengan memberi makanan kepada ternakan dalam tempoh tertentu dan najis yang terhasil dipungut, direkod dan dikira jumlah nutrien yang diserap. Bahan endogen boleh ditentukan dengan memberi makan makanan tanpa protein (diet bebas N) dan menganalisis najis. Kebolehcernaan sebenar boleh dikira seperti yang berikut: KS = BK dimakan - (BK najis – BK endogen) x 100 BK dimakan KS - kebolehcernaan sebenar BK - bahan kering |
berkelium | berkelium | Kimia | Tiada | Unsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIB (atau 3) jadual berkala, simbol Bk, nombor ataom 97, berat atom 249.3, nombor pengoksidaan +3 dan +4, takat lebur 986oC, dan terdapat lapan isotop radioaktif dengan isotop yang paling stabil, Bk-247 mempunyai setengah hayat 1400 tahun. Unsur ini diperoleh daripada pembedilan amerisium dengan ion helium. |
weighted average | purata berpemberat | Matematik | Tiada | Purata yang berasaskan keutamaan yang berlainan kepada sebilangan kuantiti dalam data. Purata berpemberat bagi nombor n1, n2, ..., nk masing-masing dengan pemberat b1, b2, ..., bk ialah |