anti-hero | antiwira/antihero | Kesusasteraan | Tiada | Protagonis dalam karya yang tidak memiliki sifat wira yang lazim. Contoh: Watak Bongkok dalam drama �Si Bongkok Tanjung Puteri� |
dowager hump | bongkok udang | Kesenian | Tiada | Bongkok pada bahagian tengah badan. |
hunchback | bongkok | Perubatan | Tiada | Kelengkungan atau kecembungan spina yang berlebihan ke luar, menyebabkan belakang kelihatan bongkok. |
humpback | bongkok | Perubatan | Tiada | Kelengkungan atau kecembungan spina yang berlebihan ke luar, menyebabkan belakang kelihatan bongkok. |
stooping figure | bongkok | Kesenian | Tiada | Bentuk tubuh yang bahunya membongkok ke hadapan. |
crouch stance | dirian bongkok | Sukan | Tiada | Cara berdiri dengan membongkokkan badan ketika menghantar bol. |
kyphosis | kifosis | Gerontologi | Tiada | Keadaan bongkok yang disebabkan oleh kelengkungan spina melebihi kelengkungan normal. |
kyphosis | kifosis | Kejururawatan | Tiada | Keadaan bongkok disebabkan oleh kelengkungan spina yang berlebihan daripada normal. |
drama | drama | Kesenian | Drama dan Teater | Bentuk persembahan yang diolah mengikut bahagian-bahagian dan dilakonkan di pentas, radio, atau televisyen. Sifat drama boleh berbentuk sebenar, mengajuk, meniru daripada kebenaran lalu, atau boleh bersifat rekaan semata-mata. Terdapat pelbagai jenis drama yang mempunyai genre masing-masing seperti drama tragedi, drama komedi, drama bacaan dan sebagainya. Contoh drama Melayu ialah Gongdan Orang-orang Pulauoleh Hassan Saprin dan Si Bongkok Tanjung Puterioleh Shahrom Hussien. |
sandiwara | sandiwara | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merangkumi drama purbawara dan drama sejarah. Sandiwara tidak seperti Bangsawan yang hanya menggunakan senario (rangka lakonan dan cerita) sebagai asas lakonan. Sandiwara menggunakan skrip bertulis dan menggantikan latar belakang bangsawan dengan set dan prop yang realisitik. Sandiwara merupakan asas drama Melayu moden. Antara skrip sandiwara ialah Di Atas Pentas, Si Bongkok Tanjung Puteri, Lawyer Dahlan, Tun Sri Lanang, dan Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrom Husain, manakala skrip sandiwara Hang Tuah Pahlawan Melayu dan Tarik bin Zaid Pahlawan Islam oleh Syed Alwi Sheikh al-Hadi. Skrip lain ialah Seruling Gembala, Selingkar Kisah di Kamar Seni, Anak Nazar Tujuh Keramat, dan Ratapan Ibu Pertiwi oleh Kalam Hamidi. Pementasan sandiwara popular di Malaysia dan Indonesia. Lihat juga bangsawan. |