Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ré/] | بوريق

Definisi : (borék)1. berbintik-bintik putih (pd bulu ayam dll): ayam ~; 2. bopeng, capuk: muka ~; bapa ~, anak rintik prb anak itu menurut baka ayahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ré/] | بوريق

Definisi : /borék/ berbintik-bintik putih spt yg terdapat pd bulu ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata borek

Peribahasa

177

As is the father so is the son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bapa borek anaknya tentu rintik

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! As is the father so is the son , indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Indian mackerelkembung borekPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Rastrelliger kanagurta, yang mempunyai tabiat gemar berenang dalam kumpulan yang besar. Pada bahagian bawah sirip pektoral ikan kembung ini, terdapat satu titik yang berwarna hitam. Ikan ini lebih besar berbanding spesies ikan kembung yang lain. Makanan utama ikan kembung borek ialah plankton yang dimakan dengan cara menapisnya melalui insang dalam keadaan berenang melawan arus. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat jerut, pukat hanyut atau pukat tunda bukaan tinggi, selain joran.
maculoseborekGeologiTiadaBerhubung dengan kumpulan batuan metamorf sentuh yang mempunyai ciri berbintik atau berbuku.

Kembali ke atas