Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua/] | بواق

Definisi : bunyi spt bunyi air yg memancar drpd mata air (air mendidih dll), bual; membuak memancar keluar, membual: tempat kena peluru itu, darah ~ keluar;membuak-buak 1. memancar keluar dgn banyaknya spt air mata air dsb hingga melimpah: darah ~ keluar membasahi jari-jemari tangannya; 2. ki berkobar-kobar dan semakin kuat semangat, perasaan, keinginan dsb utk mencapai atau melaksanakan sesuatu, meluap-luap, melonjak-lonjak: rasa ingin turut membantu Umi ~ dlm benakku; rasa marahnya ~; 3. ki terdapat sangat banyak (tentang orang, harta dsb), berlimpah-limpah: kesenangan ~, tetapi kami kehilangan kasih sayang; terbuak terpancar keluar: tumit itu dikisar-kisarnya sehingga debu berkisaran dan ~ naik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua/] | بواق

Definisi : sj tumbuhan (herba), Salomonia cantoniensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua/] | بواق

Definisi : Mn ark mengolah, bertingkah, tidak tetap pendirian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua/] | بواق

Definisi : ; membuak keluar memancar atau meluap dan biasanya berbuih-buih spt air yg keluar dr mata air: Darah ~ dr lukanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
entapuluhentapuluhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Teijsmanniodendron spp. daripada famili Verbenaceae. Nama tempatan di Sabah ialah buak-buak. Spesies utama kayu entapuluh ialah Teijmanniodendron coriaceum dan T. holophyllum. Gubal kayu entapuluh berwarna kuning dan berbeza daripada teras kayunya yang berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Ketumpatan keringan udara entapuluh berjulat antara 432 hingga 896 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan, tetapi tidak berapa tahan. Kayu ini sesuai untuk kegunaan am.

Kembali ke atas