curriculum material center | pusat bahan kurikulum | Perpustakaan | Tiada | Pusat tempat menyimpan buku-buku profesional, bahan-bahan retrospektif dan semasa dan bahan-bahan pengajaran profesional yang lain dalam bentuk buku-buku teks tambahan, mikrofilem, terbitan bersiri, risalah, model dan lain-lain yang dipinjamkan terutama kepada guru-guru. |
textbook curriculum | kurikulum buku teks | Pendidikan | Tiada | Proses pengajaran dan pembelajaran yang sangat dipengaruhi oleh penggunaan buku teks. |
text book | buku teks | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
textbook | buku teks | Pendidikan | Tiada | Buku yang menjadi bahan rujukan utama dalam pembelajaran. |
learning preference | pemilihan cara belajar | Pendidikan | Tiada | Pendekatan yang dipilih oleh pelajar untuk belajar seperti menggunakan gambar,buku teks, belajar bersama orang lain atau belajar bersendirian. |
object teaching | pengajaran objek | Pendidikan | Tiada | Pengajaran berlandaskan pemerhatian, kajian objek yang maujud dan bimbingan lisan di samping menggunakan buku teks. |
supported curriculum | kurikulum sokongan | Pendidikan | Tiada | Sumber atau bahan yang dibekalkan untuk menyokong pelaksanaan kurikulum seperti tenaga pengajar, masa, buku teks, ruang dan latihan. |
censored curriculum | kurikulum tertapis | Pendidikan | Tiada | Tapisan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi memastikan kandungan kurikulum atau buku teks sesuai dengan tahap pelajar. |
curriculum alignment | penjajaran kurikulum | Pendidikan | Tiada | Penyelarasan antara apa yang diajar dengan apa yang diuji, bagi menilai sejauh mana kurikulum digunakan sebagai panduan dalam membuat keputusan tentang bahan,buku teks, perkembangan staf, kemudahan dan perbelanjaan. |
open book test | ujian buka buku | Pendidikan | Tiada | Kaedah penilaian yang dirancang dengan cara membolehkan pelajar merujuk kepada nota atau alat bantuan ingatan, buku teks, atau bahan lain yang dibenarkan semasa menjawab soalan peperiksaan atau ujian. |