Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bun.cit] | بونچيت

Definisi : 1. besar perut, gendut: kerana kesenangan hidup, perutnya makin bertambah ~; 2. bk mengandung, bunting: Lijah sudah ~ lima bulan;membuncit menjadi buncit, nampak buncit: walaupun dia memakai baju kurung, nampak perutnya yg ~; membuncitkan 1. membesarkan (perut), menggendutkan: ~ perut; 2. bk menyebabkan mengandung, membuntingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bun.cit] | بونچيت

Definisi : besar perut kerana penyakit dll; gendut: Bagaimanakah caranya hendak mengempiskan perut saya yg ~ ini? membuncit menjadi buncit; nampak buncit: Perutnya ~ kerana terlalu banyak minum arak. membuncitkan menjadikan atau menyebabkan buncit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buncit

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Laksana buntal kembung,
     perut buncit di dalamnya kosong.

Bermaksud :

Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
channel catfish virus (CCV)virus ikan keli terusan (CCV)PerikananAkuakulturSejenis herpesvirus, Ictalurid Herpesvirus 1 daripada famili Alloherpesviridae yang menyebabkan penyakit kepada ikan berduri seperti ikan patin, keli dan baung. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti kembung perut/perut buncit, mata membonjol dan perdarahan di sirip dan otot.
endoparasitic infestationserangan endoparasitPerikananAkuakulturJangkitan penyakit ikan yang berpunca daripada serangan parasit hidup, seperti cacing gelang, cacing pipih, cacing berduri dan cacing pita pada otot dan organ dalaman ikan. Ikan yang dijangkiti menunjukkan tanda seperti benjolan berwarna hitam, kuning atau putih pada otot, atau perut yang kurus/buncit.

Kembali ke atas