Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunganya

Puisi
 

Ambil kain cuba dilipat,
     Kain batik bunganya rapat;
Puas dipancing ikan tak dapat,
     Cabut joran alih tempat.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Seperti daun delima dengan bunganya.

Bermaksud :

Hidup yang tiada berguna.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Tacca integrifoliakeladi muraiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Taccaceae yang dikenali juga sebagai belimbing tanah. Tumbuhan ini tidak berbatang dan mempunyai umbisi dalam tanah. Daunnya lebar dan lembut. Tangkai bunganya panjang, bunganya besar dan berwarna ungu kehijau-hijauan. Buahnya berbentuk belimbing dan lembut. Tumbuhan herba ini tumbuh di kawasan hutan yang teduh dan lembap. Air rebusan umbisinya diminum oleh ibu selepas bersalin untuk mengembalikan tenaga. Daunnya dibuat demah untuk mengecutkan rahim dan organ peranakan. Umbisi yang telah dilumatkan dipupuk untuk mengubati gigitan ulat bulu.
Lawsonia inermisinaiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Lythraceae jenis renek. Batangnya licin dan berwarna kelabu. Daunnya kecil, berbentuk elips dengan tangkai daun yang pendek. Jambak bunganya jenis panikel, bunganya kecil, berwarna putih atau merah jambu dan berbau wangi. Buahnya bulat dan kecil. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan kebudayaan. Daun inai digunakan oleh masyarakat Arab, India dan Asia sebagai pewarna dan tonik rambut serta untuk mewarna kuku tangan dan kaki. Air rebusan daun bersama bunga diminum untuk merawat demam kuning, keputihan, sakit perut, sakit tekak, ulser dan mulut berbau. Daun yang telah dilumatkan ditampal untuk mengubati cagu dan luka.
Ekor kucingAcalypha hispidaPertanianTiadaTumbuhan ini dalam famili Euphorbiaceae. Tumbuhan jenis renik dengan ketinggian hingga 2 m. Daunnya berbentuk ovat (bujur telur) dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika, panjang dan berjuntai. Bunganya kecil berwarna merah tersusun rapat pada tangkai jambak sehingga membentuk rupa ekor kucing. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Akar dan batang digunakan untuk merawat ulser manakala kulit pokok digunakan untuk merawat lelah. Daun dan bunganya digunakan untuk merawat sakit kulit. Bunganya digunakan sebagai tampalan untuk menghentikan pendarahan dan tokak di kaki. Daun dan bunganya digunakan secara luaran untuk merawat sopak (vitiligo). Air rebusan bunga diminum untuk bengkak dalam usus, cirit-birit dan kecacingan. Daunnya mengandungi akalifin, flavanoid, saponin dan tanin.
Acalypha hispidaekor kucingHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae jenis renek dengan ketinggian sehingga 2 meter. Daunnya berbentuk ovat (bujur telur) dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika, panjang dan berjuntai. Bunganya kecil berwarna merah tersusun rapat pada tangkai jambak sehingga membentuk rupa ekor kucing. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Akar dan batang digunakan untuk merawat ulser manakala kulit pokok digunakan untuk merawat lelah. Daun dan bunganya digunakan untuk merawat sakit kulit. Bunganya digunakan sebagai tampalan untuk menghentikan pendarahan dan tokak di kaki. Daun dan bunganya digunakan secara luaran untuk merawat sopak (vitiligo). Air rebusan bunga diminum untuk merawat bengkak dalam usus, cirit-birit dan kecacingan. Daunnya mengandungi akalifin, flavonoid, saponin dan tanin.
Tamarindus indicaasam jawaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Fabaceae yang dikenali juga sebagai celagi. Tumbuhan ini jenis pokok sederhana besar. Daunnya jenis pinat, mempunyai 8 hingga 16 anak daun. Jambak bunganya jenis rasem. Bunganya kecil berwarna kekuning-kuningan. Buahnya jenis lenggai, lurus atau bengkok sedikit. Bijinya keras dan berwarna perang kehitam-hitaman. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan makanan dan landskap. Antara sebatian kimia dalam pulpa buah ialah asid sitrik, asid malik, asid tartarik, monoterpena, asid nikotinik dan sinamat. Buahnya digunakan untuk merawat demam, batuk, sakit tekak, bengkak, bisul, penyakit kuning, penyakit kulit, ekzema, luka, sembelit dan seriawan. Bijinya mengandungi albuminoid yang digunakan secara luaran untuk merawat gigitan haiwan. Daunnya mengandungi flavonoid, bersifat antiradang, menghilangkan rasa sakit (analgesik), antiseptik dan menggalakkan pengeluaran peluh (diaforetik). Daunnya digunakan untuk merawat sembelit, luka, seriawan, demam, gatal kulit, bisul, demam kuning, sukar tidur (insomnia
Tinospora tuberculataputarwaliHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Menispermaceae yang dikenali juga sebagai akar seruntun dan patawali. Tumbuhan ini jenis pokok memanjat dengan batang yang berbintil-bintil. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan berbentuk kordat. Jambak bunganya jenis rasem dan bunganya berwarna kuning muda. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid kuarterner, berberina dan glikosoid furanoditerpena yang memberikan rasa pahit. Pokok ini biasanya ditanam menjalar di pagar. Air rebusan batang diminum untuk merawat demam, demam kuning, kolera, malaria, kecacingan, kencing manis, darah tinggi dan sakit perut. Air rebusan tumbuhan ini digunakan secara luaran untuk mencuci luka dan kudis buta.
Strobilanthus crispuspecah kacaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai batu jin dan bayam karang. Tumbuhan ini jenis renek berkayu dan mempunyai batang beruas panjang. Daunnya tebal dan kasar, berbentuk ovat dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika dan bunganya berwarna kuning. Tumbuhan ini ditanam sebagai tanaman hiasan dan pagar. Daunnya dibuat teh herba. Air rebusan daun diminum untuk membuang batu ginjal, merawat kencing manis, darah tinggi, barah, buasir, sembelit dan melawas kencing.
Barleria cristataLati duriPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae. Tumbuhan jenis renik yang mempunyai duri pada batang. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips-ovat dengan tulang daunnya berwarna merah. Jambak bunganya mengandungi brakta berwarna hijau. Bunganya berwarna kuning terbit di celah brakta. Batang, akar dan daunnya mengandungi polifenol. Batang juga mengandungi kalsium oksalat, asid formik, saponin dan flavonoid. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan terbiar, ladang getah serta dusun. Jus daun atau akar digunakan sebagai diaforetik dan ekpektoran. Air seduhan daun dan akar digunakan secara luaran untuk mengubati luka, bengkak, bisul, reumatisma, gigitan serangga dan ular. Bunga yang telah dilumatkan digunakan untuk merawat gigitan serangga.
Barleria cristatalati duriHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Acanthaceae dan mempunyai duri pada batang. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips-ovat dengan tulang daunnya berwarna merah. Jambak bunganya mengandungi braktea berwarna hijau. Bunganya berwarna kuning terbit di celah braktea. Batang, akar dan daunnya mengandungi polifenol. Batang juga mengandungi kalsium oksalat, asid formik, saponin dan flavonoid. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan terbiar, ladang getah dan dusun. Jus daun atau akar digunakan sebagai diaforetik dan ekspektoran. Air seduhan daun dan akar digunakan secara luaran untuk mengubati luka, bengkak, bisul, reumatisme, gigitan serangga dan ular. Bunga yang telah dilumatkan digunakan untuk merawat gigitan serangga.
Acanthus ebracteatusjeruju hitamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai beruju. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang, bentuknya lonjong (oblong) dan tepi daunnya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika keluar di bahagian terminal pokok. Bunganya berwarna putih dan biru di tengah. Buahnya jenis kapsul dan mengandungi empat biji. Air rebusan akarnya digunakan untuk merawat demam panas yang kronik, dan air rebusan akar dan batangnya juga digunakan untuk menjaga kesihatan dan merawat pelbagai penyakit kulit. Air rebusan bijinya diminum atau bijinya yang dipanggang dimakan sebagai ubat batuk, merawat bisul, kencing manis, darah tinggi dan kecacingan. Bijinya yang ditumbuk digunakan sebagai pupuk untuk merawat bisul. Daunnya digunakan secara luaran untuk menghilangkan sakit kepala, rawatan ibu selepas bersalin dan tonik rambut. Air rebusan daunnya diminum untuk merawat lelah, batuk, bengkak, reumatisme dan penyakit keputihan. Seluruh bahagian tumbuhan ini boleh digunakan untuk menghasilkan sabun.
12345678910...

Kembali ke atas