Chamber of Nationalities (Burma) | Dewan Kebangsaan (Burma) | Sejarah | Tiada | Tiada |
Burma simpuh (Dillenia indica) | simpuh (Dillenia indica) | Pertanian | Tiada | Tiada |
dacoit | penjahat | Sejarah | Tiada | Golongan penjenayah di India dan Burma yang merompak dan membunuh secara berkumpulan dalam sejarah kedua-dua buah negara tersebut. |
Anyathian industry | industri Anyathian | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Nama industri ini berasal dari golongan peribumi Anyatha yang berada di bahagian hulu Sungai Irrawaddy (Burma). Industri ini merupakan tapak industri Zaman Paleolitik pertengahan. Contoh artifaknya ialah alat menetak, alatan pengikis, alatan dari batu inti dan alatan repihan. Ciri artifaknya mempunyai bahagian mata tajam yang dihasilkan melalui repihan, mempunyai bahagian bentuk lurus atau bulat. Terdapat juga alat batu yang mempunyai bentuk persegi empat atau persegi empat panjang dan dikenali dengan nama beliung genggam. |
Asian-African Conference | Persidangan Asia Afrika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega |
Ramayana | Ramayana | Muzik | Tiada | Epik dari India yang telah tersebar ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan dan peluasan pengaruh India. Versi tempatan telah wujud di Thailand, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Burma. Cerita Ramayana masih dipersembahkan dalam persembahan wayang kulit, wayang orang dan tarian klasik di negara berkenaan. Cerita utama tentang Seri Rama yang menyelamatkan isterinya, Siti Dewi yang telah diculik oleh Rawana, manakala cerita sampingan berkisarkan pengembaraan Seri Rama, adiknya Laksamana, monyet putih Hanuman dan hulubalang lain semasa mencari Siti Dewi. |
plural society | masyarakat majmuk | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang mengandungi beberapa etnik yang dicirikan dengan kepelbagaian bahasa, budaya, agama dan tempat tinggal. Perbezaan etnik ini mengurangkan perhubungan antara satu dengan yang lain. Interaksi minimum hanya terdapat di pasar dalam urusan jual beli apabila mereka terpaksa bertemu. Jenis pekerjaan yang terdapat dalam masyarakat ini juga terbahagi mengikut kaum. Walau bagaimanapun penduduk yang majmuk ini berada dalam satu pemerintahan dan mereka akur dengan kerajaan tersebut. Idea ini diperkenalkan oleh J.S. Furnivall yang mengkaji masyarakat Indonesia dan Burma ketika mereka masih berada dalam zaman penjajahan. Masyarakat majmuk menurut Furnivall ini tidak wujud lagi tetapi kepelbagaian tersebut masih terdapat dalam beberapa masyarakat yang memiliki beberapa etnik yang berbeza seperti Malaysia, Sri Lanka dan Fiji. Masyarakat ini tidak lagi berada dalam zaman penjajahan dan interaksi antara kaum juga sudah banyak bertambah. |