earthworm | cacing tanah | Pertanian | Tiada | Tiada |
earthworm | cacing tanah | Pertanian | Tiada | Tiada |
earthworm cast | tahi cacing tanah | Pertanian | Tiada | Tiada |
vermicompost | vermikompos | Pertanian | Agroteknologi | Bahan organik yang terhasil daripada proses atau aktiviti mikrob dan cacing tanah ke atas bahan organik mentah seperti sisa pertanian. Contohnya, aktiviti mikrob ke atas jerami padi yang baru dituai akan menyebabkan berlakunya proses reputan. Sebelum proses reputan ini tamat, sebahagiannya akan dimakan oleh cacing tanah dan dikeluarkan sebagai tahi cacing atau vermikas, dan sebahagian lagi terus mereput menjadi kompos. Vermikompos ini terbukti lebih baik daripada kompos. Selain faedah yang terdapat pada kompos dalam pertumbuhan pokok, komponen vermikas yang terdiri daripada agregat-agregat kecil dapat membaiki struktur tanah. Vermikas ini mengandungi pelbagai jenis hormon dan enzim yang dikeluarkan oleh bakteria yang terdapat di dalam perut cacing yang boleh membantu tumbesaran pokok. Vermikas juga mengandungi lebih banyak jenis dan populasi bakteria yang berfaedah kepada pertumbuhan pokok. |
hermaphrodite | hermafrodit | Biologi | Ekologi | Organisma yang mempunyai kedua-dua organ pembiakan jantan dan betina pada individu yang sama, misalnya cacing tanah, Lumbricus terrestris dan jagung, Zea mays. |
macrofauna | makrofauna | Biologi | Ekologi | Haiwan yang besar, tetapi lebih kecil daripada megafauna. Misalnya, labah-labah, sepah bulan, lipan, siput kecil, dan cacing tanah. |
detrivore | detrivor | Biologi | Ekologi | Organisma pemakan detritus, seperti lipas, anai-anai, dan gonggok yang boleh dijumpai di dalam sarap; serangga dipermukaan air tawar, serta cacing tanah, siput, dan ketam di muara sungai. |
phototaxis | fototaksis | Biologi | Ekologi | Gerak balas organisma terhadap rangsangan cahaya. Pergerakan haiwan (misalnya Euglena) menuju sumber cahaya, dinamai fototaksis positif, manakala pergerakan haiwan (misalnya cacing tanah) menjauhi sumber cahaya, dinamai fototaksis negatif. |
mor humus | humus mor | Biologi | Ekologi | Lapisan humus yang rapuh dan berasid, yang jelas dapat dibezakan daripada mineral tanah dibawahnya. Lapisan ini kurang mengandungi fauna, terutama cacing tanah. |
edaphone | edafon | Biologi | Ekologi | Tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup di dalam satu jenis tanah dan mempengaruhi kandungan nitrogen tanah tersebut. Misalnya, kekacang dan cacing tanah. |