Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.cah] | چچه

Definisi : ; sececah 1. sekejap, sebentar: setelah bertutur-tutur ~, Rijnhaard mohon diri akan pulang; 2. sedikit, secolek: bukan hendak banyak, hanya ~ sahaja; bercecah sedikit-sedikit, berdikit-dikit; mencecah kena (sedikit) pd, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap, dll): usap bedak perlahan-lahan menghala ke luar dan ke bawah tetapi tidak ~ garis rambut; ~ bumi menjejak (memijak) bumi; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah prb banyak sama-sama banyak dibahagi, sedikit sama-sama sedikit; mencecahkan mengenakan (menyentuhkan, mencelupkan) sedikit sesuatu pd: tangannya mematahkan goreng pisang dan ~nya ke piring gula; tercecah terkena (tercelup) sedikit, kena sedikit pd: apabila ~ saja kopi panas itu di lidahnya, dirasanya menjadi bertambah panas hingga air matanya kelihatan tergenang-genang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.cah] | چچه

Definisi : ; ~ merah sj tumbuhan (pokok), Staurogyne setigera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.cah] | چچه

Definisi : ; mencecah mengenai sedikit; menyentuh sedikit; mencolek (sambal, kicap dll): ~ bumi menjejak bumi. men­­cecahkan mengenakan sesuatu sedikit pd: Dia ~ ulam ke sambal, kemudian menyuapkannya ke mulut. tercecah terkena sedikit. sececah 1 waktu yg tidak lama; sekejap; sebentar. 2 sedikit; secolek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cecah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
entrycecahSukanTerjunKeadaan ketika tangan atau kaki penerjun mula-mula menyentuh permukaan air, yang mengakhiri pergerakan terjun.
breaking surfacececah muka;timbul (kapal selam)PelayaranTiadaPerbuatan kapal selam timbul di permukaan air.
dabpedap;; cecah (P.JAS)PendidikanTiadaTiada
dabpedap;; cecah (P.JAS)KomunikasiTiadaTiada
dabpedap;; cecah (P.JAS)KesenianTiadaMembubuh cat atau dakwat pada plat cetak dengan pemedap untuk menetapkan dakwat atau cat tersebut.
stop bathcecah bantutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu langkah mencuci filem untuk memberhentikan tindak balas bahan kimia pembangun yang berkeadaan alkali. Bahan kimia yang digunakan bersifat asid, pada suhu dan masa tertentu, serta dilakukan di dalam bilik gelap.
ground the batcecah paduk (dengan bet)PendidikanTiadaTiada
dabpedap;tolak ; cecah (P.JAS)SukanTiada/ straight shot [syot lurus] / push [tolak]
window-dipcelup cecahKejuruteraanTiadaKaedah menghias tembikar dengan mencelup sebahagiannya ke dalam engob atau licau.
entry point (swimming)ketika cecah (berenang)PendidikanTiadaTiada
12

Kembali ke atas