Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pari-pari (kata nama)
Bersinonim dengan dewa perempuan, yang-yang, roh yang dipuja.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marchenmarchenKesusasteraanTiadaIstilah ini berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud �cerita pari-pari�. Lihat juga cerita pari-pari.
functionfungsiKesusasteraanTiadaAksi yang dilakukan oleh watak tertentu yang signifikan dengan perjalanan plot sesebuah cerita rakyat. Konsep fungsi diperkenalkan oleh V.Propp (1968) dalam kajiannya tentang cerita pari-pari dari Rusia. Dalam analisis plot yang dilakukan terhadap 100 buah cerita pari-pari tersebut. Propp menjumpai sebanyak 31 fungsi yang wujud dalam suatu urutan yang stabil dan tertib. Berdasarkan pola plot tersebut, Propp berjaya menunjukkan bahawa semua cerita pari-pari dapat dikategorikan di bawah atau tipologi. Analisis Propp menunjukkan bahawa fungsi bersifat generatif, sama seperti nahu yang dapat menjana ayat. Konsep fungsi yang memungkinkan wujudnya mahu naratif yang dapat digunakan untuk menjana sesebuah cerita. Konsep penciptaan itu disebut sebagai penciptaan skematik yang menjadi gaya khusus ciptaan teks lisan. Lihat juga tipa, tipologi sastera.
fairy talecerita pari-pariKesusasteraanTiadaCerita yang bersifat luar biasa, fantasi, dan penuh unsur khayalan. Tema cerita berkisar pada kekuasaan, peperangan, dan penaklukan yang melibatkan hubungan manusia dengan makhluk aneh seperti naga, hobgoblins, gergasi, ahli sihir, dan kuasa magis. Antara tokoh awal yang terkenal dalam pengumpulan cerita pari-pari ialah Grimm Brothers dari Jerman yang menghasilkan Household Tales, dan pengumpulan dilakukan antara tahun 1812-1823. Hasil usaha pengumpulan mereka kini tersebar sebagai bahan sastera kanak-kanak di seluruh dunia. Tokoh atau pengumpul cerita kanak-kanak lain yang tidak kurang pentingnya ialah Hans Christian Andersen dari Denmark. Kumpulan cerita beliau berjudul Fairy Tales pertama kali diterbitkan pada tahun 1835. Salah sebuah cerita yang terkenal ialah kisah Hansen and Gretel. Kini di Barat, cerita pari-pari terus hidup dalam koleksi sastera kanak-kanak yang mengungkapkan fantasi moden. Antara cerita yang terkenal dalam sastera Inggeris ialah Jack and the Beanstalk, Snow Whie and the Seven Dwarfs,
conditional joynikmat bersyaratKesusasteraanTiadaMotif biasa dalam cerita pari-pari. Motif ini menyentuh tentang penganugerahan atau suatu rahmat besar yang dijanjikan kepada protagonis dengan syarat tidak mencabuli sesuatu pantang larang. Penulis dan pengkritik Inggeris, G.K. Chesterton yang mencipta istilah ini berpendapat bahawa hukum-hakam alam pari-pari ditentukan oleh manusia dan bukannya sains.
literary typologytipologi sasteraKesusasteraanTiadaPola struktur yang sama, yang wujud dalam kelompok cerita tertentu. Sesebuah cerita dapat digolongkan ke dalam satu tipologi berdasarkan satu pola struktur tipa yang sama. Pola tersebut mungkin dibina oleh urutan unit polot yang disebut fungsi. Contohnya seperti yang diketengahkan oleh V. Propp dalam analisis morfologi genre cerita pari-pari, atau dikenal pasti sebagai motifeme oleh Dundes dalam kajiannya tentang struktur cerita suku peribumi Indian di Amerika Utara. Berdasarkan analisis v. Propp, semua cerita yang memperlihatkan struktur morfologi yang sama akan tergolong di bawah tipologi cerita pari-pari.
motivemotifKesusasteraanTiadaUnit tema terkecil dalam sesebuah cerita atau naratif. Motif harus dibezakan dengan tema yang merupakan unit semantik yang lebih abstrak dan umum yang biasanya terdiri daripada beberapa motif. Motif mungkin berupa sesuatu kejadian, sifat atau watak. Dalam cerita pari-pari atau lipur lara, penjelmaan ialah satu motif, begitu juga pembuangan, fitnah, fakir, ibu tiri dan sebagainya. Motif yang berulang-ulang dalam sesebuah naratif disebut sebagai leit-motif. Istilah ini dalam bahasa Jerman bermaksud motif panduan.
pantomimepantomimKesusasteraanTiadaPersembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada zaman Romawi purba, pantomim membawa cerita-cerita mitos. Dalam persembahan tersebut, seorang pelakon mengajuk semua peranan watak, sementara korus akan menyanyikan ceritanya. Pada kurun ke-18, pementasan pantomim menjadi hebat dari segi visual dan teknikal. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian, dan jenaka topikal. Lihat juga mimos.
folk talecerita rakyatKesusasteraanTiadaCerita yang disampaikan secara lisan dan biasanya berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan. Kebanyakan cerita rakyat mengandungi unsur fantasi, magis, dan bersifat tanpa masa dan tanpa tempat. Ceritanya pendek, tidak skematik, dengan gaya bahasa yang bersahaja seperti mitos dan legenda. Kadangkala, ceritanya panjang, skematik, dengan gaya bahasa yang stailistik dan formulaik seperti bentuk roman lipur lara atau cerita pari-pari. Kebanyakan cerita rakyat berbentuk prosa berbanding dengan cerita lipur lara yang bersifat separa prosa. Cerita rakyat terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya mitos, legenda, cerita binatang, cerita jenaka, cerita pari-pari atau lipur lara. Cerita rakyat yang amat popular dan tersebar luas dalam kalangan rakyat jelata ialah cerita jenaka seperti Pak Pandir, Lebai Malang, dan Si Luncai. Lihat juga formulaik.
pantomimepantomimKesenianDrama dan TeaterPersembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian dan jenaka topikal.
fairy taledongeng pari-pariKesusasteraanTiadaCerita khayalan yang menampilkan watak yang tidak wujud di dunia nyata seperti pari-pari, dewa-dewi, mambang dan sebagainya.
12

Kembali ke atas