Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata citarasa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mass tastecitarasa rendahKomunikasiTiadaKecenderungan untuk menghayati sesuatu yang disukai oleh sejumlah besar golongan biasa. Contohnya, keinginan untuk menikmat muzik dan permainan yang mudah di peroleh di mana sahaja.
low tastecitarasa jelataKomunikasiTiadaKecenderungan untuk menghayati sesuatu yang bersifat kesenian atau tingkah laku yang dianggap rendah oleh golongan lain tetapi dianggap sebaliknya bagi golongan yang mengamalkannya.
high tastecitarasa bangsawanKomunikasiTiadaKecenderungan menghayati dan melakukan sesuatu yang mempunyai ciri-ciri kemewahan seperti golongan elit. Contohnya, menghadiri pertunjukan orkestra, mengikuti kelas tarian balet serta mendengar muzik klasik.
programmerpengatur caraKomunikasiTiadaOrang yang menjalankan tugas menyusun rancangan-rancangan berdasarkan ketetapan tertentu seperti pesaing stesen, keperluan penaja, tanggungjawab sosial dan citarasa khalayak.
distinctive competencekewibawaan tersendiriPengurusanPerancanganKeupayaan khusus sesebuah syarikat yang mampu bertahan lama dan berupaya membantu syarikat mencapai prestasi ekonomi yang baik atau lebih tinggi daripada syarikat pesaing. Contohnya, syarikat pengeluar perabot atau penyedia khidmat perancang perkahwinan yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan produk yang berinovatif, mampu milik dan mengikut citarasa semasa yang diingini pengguna.
minimally processproses minimumPertanianAgroteknologiProses yang melibatkan penghasilan bahan-bahan pertanian secara minimum supaya dapat dijual atau dimakan secara terus oleh pengguna. Contohnya, buah-buahan dan sayur-sayuran yang diproses dengan hanya membuangkan kulitnya sahaja dan dipotong, kemudiannya dibalut dengan plastik supaya dapat dijual terus kepada pengguna. Proses minimum dilakukan bertujuan untuk membolehkan buah-buahan atau sayur-sayuran itu dapat dimakan secara terus dan segar, serta mempunyai citarasa. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memanjangkan tempoh hayat bahan makanan tersebut, memudahkan untuk dicelur dan ditambah bahan perisa seperti cuka.
sustainable competitive advantagekelebihan saingan mampanPengurusanPerancanganKeupayaan unik sesebuah organisasi yang sukar ditandingi oleh pesaing, dan kelebihan ini boleh membawa kepada penguasaan pasaran bagi tempoh masa yang panjang. Kelebihan saingan mampan hanya mampu dicapai apabila organisasi berupaya menjamin penghasilan keuntungan secara konsisten. Contohnya, syarikat global pengeluar minuman ringan mempunyai kelebihan saingan mampan di pasaran minuman ringan melalui formula rahsianya yang berjaya menghasilkan citarasa yang nyata berbeza dan unik berbanding minuman kola yang lain.

Kembali ke atas