concerto grossi(F) | concerto grossi | Kesenian | Tiada | Kata majmuk untuk concerto grosso. |
double concerto | double concerto | Kesenian | Tiada | Tiada |
concerto grosso (H) | konserto groso | Kesenian | Tiada | Karya muzik zaman Barok untuk kumpulan kecil alat solo dan orkestra penuh. |
concerto (lt) | konserto | Kesenian | Tiada | 1. Konsert. 2. Persembahan muzik dalam bentuk concerted. 3. Satu karya muzik yang menampilkan persembahan pemain solo dengan iringan orkestra. |
concerto | konserto | Muzik | Tiada | Karya digubah untuk pemuzik solo yang diiring oleh orkestra. Genre muzik diperkenalkan pada abad ke-17. Terdapat beberapa jenis konserto, antaranya konserto piano dan konserto violin. Karya konserto mengandungi tiga gerakan muzik. Gerakan pertama biasanya dalam bentuk sonata yang mempunyai dua eksposisi dan satu kadenza di penghujung gerakan, sementara gerakan kedua pula dalam tempo perlahan, manakala gerakan ketiga biasanya dalam bentuk rondo. |
triple concerto | konserto tripel | Muzik | Tiada | Konserto yang dihasilkan untuk tiga buah alat solo dengan orkestra. Contohnya, Triple Concerto, C major, Op. 56 (1805) oleh Beethoven untuk violin solo, celo solo, piano dan orkestra. |
concerto grosso | konserto groso | Muzik | Tiada | Konserto yang digubah untuk sekumpulan pemain solo dan orkestra. Konserto groso terdiri daripada tiga gerakan muzik. Kumpulan pemuzik solo dikenali sebagai konsertino, konsertato atau konsertante. Manakala kumpulan orkestra dikenali sebagai tutti, ripieno, konserto groso atau groso. Kedua-dua kumpulan ini bermain secara bergilir-gilir untuk menghasilkan bunyi yang kontras. Contohnya, enam buah karya Brandenburg Concerto oleh J.S. Bach. |
piano concerto | konserto piano | Kesenian | Tiada | Persembahan dan gubahan muzik untuk piano tunggal dengan iringan orkestra. |
triple concerto | trikonserto | Kesenian | Tiada | Konserto yang mengandungi tiga pemain alat muzik seperti piano, violin dan celo. |
double concerto | konserto ganda | Muzik | Tiada | Konserto bagi dua alat solo dan orkestra. Contohnya, Concerto for Violin and Cello, A minor, Op. 102 oleh Brahms yang dipersembahkan buat pertama kali di Cologne pada 18 Oktober 1887. |