pattern | pola; bentuk; corak; rupa susunan | Geografi | Tiada | 1. Corak pada satu permukaan yang mengikut suatu peraturan. 2. Model atau corak sebagai contoh. 3. Gambaran taburan sesuatu fenomena geografi di dalam ruang. |
batik | batik | Kesenian | Tiada | 1. Corak pada kain yang pada dasarnya dihasilkan dengan menggunakan lilin sebagai penahan warna dan dicelup dalam larutan warna. Pada peringkat awal dahulu, corak ini bermula dengan bentuk titik, tetapi lama-kelamaan telah berubah dari segi coraknya, malah kini, dari segi tekniknya, terdapat batik yang tidak perlu menggunakan lilin dan celup warna lagi, iaitu hanya menggunakan stensil atau skrin. |
batik | batik | Kesenian | Seni Batik | 1. Corak pada kain yang pada dasarnya dihasilkan dengan menggunakan lilin sebagai penahan warna dan dicelup dalam larutan warna. Pada peringkat awal dahulu, corak ini bermula dengan bentuk titik, tetapi lama-kelamaan telah berubah dari segi coraknya, malah kini, dari segi tekniknya, terdapat batik yang tidak perlu menggunakan lilin dan celup warna lagi, iaitu hanya menggunakan stensil atau skrin. 2. Kain yang sudah berbatik atau sebutan ringkas bagi kain batik. |
arabesque (F) | arabesque | Kesenian | Tiada | 1. Corak, gaya lukisan atau ukiran yang berasal dari negeri Arab yang bermotifkan bentuk tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia yang disusun dengan garisan bersegi, bergeometri atau berlengkok-lengkok. |
edit code | kod edit | Komunikasi | Tiada | 1. Corak magnet yang terdapat pada pita. 2. Denyutan yang digunakan sebagai kod bagi membantu kerja-kerja penyuntingan untuk mencari sesuatu program atau bahagian yang dikehendaki. |
pucuk paku | pucuk paku | Kesenian | Tiada | 1. Corak batik berunsur tumbuhan bermotif daun pucuk paku. |
keluk paku | keluk paku | Kesenian | Tiada | 1. Corak batik berunsur tumbuhan bermotif daun pucuk paku. |
apron check | dam apron | Kesenian | Tiada | Corak segi empat yang dihasilkan daripada yarn yang dicelup dengan satu warna dan berselang-seli dengan yarn putih. Saiz setiap segi empat itu ialah 1", 1/2", 1/8" dan 1/16". |
gingham check | genggang dam | Kesenian | Tiada | Corak segi empat yang dihasilkan daripada yarn yang dicelup dengan satu warna dan berselang-seli dengan yarn putih. Saiz setiap segi empat itu ialah adalah 1",1/2", 1/8" dan 1/16". |
corak | corak | Kesenian | Tiada | 1. Gabungan satu atau lebih motif yang direka letak dengan kedudukan sama ada melintang, menegak, menyerong atau bertaburan dengan warna-warna khusus terdapat dalam seni ukir, seni tulen, seni batik, seni anyam, seni tekat dan seni sulam. |