Peter's pence | derma Paus;cukai pintu (Katolik) | Sejarah | Tiada | Tiada |
multipurpose counter | kaunter pelbagai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaunter yang menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan agensi seperti bayaran pencen, cukai pintu dan sebagainya. |
miscellaneous counter | kaunter pelbagai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaunter yang menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan agensi seperti bayaran pencen, cukai pintu dan sebagainya. |
local authority | pihak berkuasa tempatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang berada di peringkat tempatan seperti kota, bandaran, daerah dan mukim yang memiliki bidang kuasa mengurus dan memelihara kepentingan tempatan seperti kebersihan bandar, pengurusan sampah, cukai pintu, perumahan dan kedai, tempat letak kereta, taman dan rekreasi, khidmat komuniti, urusan alam sekitar dan trafik. Bidang kuasa ini terlebih dahulu telah ditetapkan oleh dewan perundangan dan termaktub dalam perlembagaan. Bagi sebuah negara persekutuan, urusan kerajaan tempatan ini terletak di peringkat negeri. Contohnya, pengutipan cukai pintu berbeza kadarnya antara satu bandar dengan bandar lain bergantung kepada autoriti tempatan kawasan tersebut. Sinonim autoriti tempatan. |
property tax | cukai harta benda | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dikenakan terhadap harta tanah. Misalnya, cukai pintu dan cukai tanah. Bagi bangunan, cukai dikenakan berasaskan nilai semasa dan bagi tanah, cukai dikenakan berasaskan jenis penggunaan tanah. |
local authority | autoriti tempatan | Pentadbiran | Tiada | Kuasa pemerintahan atau pengurusan di peringkat tempatan seperti kota, bandar atau daerah yang mempunyai autonomi yang tersendiri. Autoriti ini memberi kuasa kepada kerajaan tempatan untuk mengurus dan membangunkan kawasannya dengan menggubal peraturan tertentu. Autoriti tempatan juga boleh menjana pendapatannya sendiri melalui sumber cukai yang dikenakan kepada orang ramai. Kerajaan tempatan berkuasa menentukan kadar cukai pintu, bayaran letak kereta di bandar serta lesen peniaga kecil. |
customs duties | duti kastam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Cukai yang dikenakan terhadap barangan import dan eksport di setiap pintu masuk sesebuah negara. Tujuan cukai ini diadakan adalah untuk melindungi industri dalam negara daripada bersaing dengan barangan luar negara, selain bertujuan untuk memberikan hasil pendapatan kepada negara. Duti kastam merupakan satu polisi ekonomi untuk mengawal perdagangan antara negara. Sinonim tarif. |