cenderai | cenderai | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Brewia spp., daripada famili Tiliaceae. Nama lain di Semenanjung ialah damak-damak dandan spesies utama kayu cenderai termasuk Grewia antidesmaefolia, G. blattaefolia, dan G. laurifolia. Gubal kayu cenderai sukar dibezakan daripada teras kayunya , yang biasanya berwarna kecoklatan.Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang bersimpul dan terpilin. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 414 hingga 770 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras dan sederhana berat. Kayu ini sukar digergaji, diketam, dan dikeringkan. Kayu cenderai mudah dikerjakan, dikeringkan, dan kemas siap, tetapi tidak mempunyai sifat ketahanan semula jadi yang baik. Kayu ini sesuai digunakan untuk membuat hulu peralatan, dan kayu jaras yang memerlukan ketegaran. |
dart | baling damak | Pendidikan | Tiada | Tiada |
egg and dart | telur dan damak | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lihat telur dan sauh. |
darts | dart | Sukan | Tiada | Sukan yang dimainkan oleh dua (2) atau lebih pemain dengan cara membaling damak ke papan skor. |
blowpipe | paip peniup; penyumpit | Sejarah | Tiada | 2. Penyumpit: Alat yang digunakan oleh orang asli untuk menyumpit binatang dengan melepaskan damak dengan meniup. |
patch | tampalan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kerja pembaikan yang dilakukan terhadap tapak yang cacat dengan meletakkan sekeping kayu daripada jenis yang sama tanjakan telur dan damak dan dicantumkan secara rapi ke atas kecacatan yang telah dikenal pasti sebelumnya. Penjuru-penjuru kayu tersebut harus dipotong dengan teliti dan kemas serta dipasang secara tepat tanpa sebarang renggangan. |
egg and tongue | telur dan lidah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bentuk alat hiasan untuk ukiran kayu, batu atau plaster yang terdiri daripada objek berbentuk telur dan sauh, anak panah, damak atau lidah yang diatur pada kedudukan yang sama. Ornamen ini boleh didapati pada bangunan Greek dengan gaya ionik, yang bermula pada abad ke-4 sebelum Masihi. |
egg and anchor | telur dan sauh | Kesenian | Hiasan Dalaman | Rangkaian unit (ukiran) pada kumai yang biasanya dijadikan sebagai hiasan sempadan yang berbentuk bujur telur dan sauh dalam kedudukan corak yang bersambung dan berturutan. Corak telur dan sauh banyak terdapat pada seni bina klasik abad ke-16. Ukiran ini diperbuat daripada kayu, batu dan lepa. Sinonim telur dan damak. |