deconstruction | dekonstruksi | Kesenian | Drama dan Teater | Pengolahan semula sesebuah karya yang telah wujud mengikut persepsi, tafsiran dan pendekatan karyawan lain. |
deconstruction | dekonstruksi | Kesusasteraan | Tiada | Teori kritikan dan kaedah analisis berasaskan prinsip bahawa makna yang tetap dan stabil tidak wujud dalam bahasa. Objektif dekonstruksi adalah mencari segala kontradiksi dalam teks untuk membuktikan bahawa teks tidak mempunyai kesatuan atau pertalian yang teratur. Kontradiksi yang dimaksudkan melibatkan percanggahan antara makna yang berkemungkinan dalam satu-satu perkataan atau frasa. Objektif dekonstruksi bukan untuk mengenal pasti makna teks tetapi untuk mendedahkan makna yang berkemungkinan dan bercanggah supaya jelas interpretasi, bukan sesuatu yang tetap, stabil atau muktamad. Kaedah ini diaplikasikan bukan sahaja untuk bahasa tetapi juga untuk menganalisis sebarang konsep sistem dan institusi dengan merujuk kepada teks. Contohnya, realiti itu sendiri boleh dianggap sebagai suatu teks yang mempunyai pelbagai kontradiksi dan makna yang perlu �dibaca� dan �diinterpretasikan�. Dekonstruksi dimulai oleh ahli falsafah Perancis, Jacques Derrida. Beliau berpendapat bahawa makna teks sentiasa bergantun |