Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n kesopanan, ketertiban; have a sense of ~, tahu adat, beradat; have no sense of ~, tdk /tahu adat, beradat/. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata decorum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decorumtertibKesusasteraanTiadaKewajaran sesuatu watak, subjek atau latar dalam kritikan sesebuah karya sastera.
decorumtertibKesusasteraanTiadaTiada
decorumtertibSejarahTiadaTiada
decorumtertibKesusasteraanPuisiPeraturan yang mesti dipatuhi ketika mencipta karya oleh seseorang penyair. Antara yang penting, tema atau persoalan puisi yang dikemukakan menimbulkan manfaat kepada kehidupan manusia atau mengemukakan nilai-nilai mumi. Gaya penyampaiannya juga tidak terlalu bersifat mengajar. Oleh itu, diperlukan penyampaian melalui kehalusan bahasa. Akhimya puisi itu memerlukan penghayatan apabila dibaca.
dekorumketertibanKesusasteraanTiadaPrinsip yang menekankan pentingnya komponen sesebuah karya sastera saling berpadanan antara satu sama lain. Contohnya, isi, bentuk, watak, latar, aksi dan gaya. Prinsip ini bertolak daripada teori klasik Yunani dan Romawi yang mewujudkan hierarki bagi jenis tulisan serta gaya yang sepadan dengannya. Umpamanya, tragedi dan epik yang dianggap bentuk sastera yang tinggi hanya wajar memperkatakan perkara yang serius, berlegar pada watak raja, orang bangsawan atau mereka yang mempunyai kedudukan penting sahaja dengan menggunakan bahasa yang tinggi dan halus. Sebaliknya, komedi yang dianggap sebagai bentuk sastera yang rendah perlu menggarap permasalahan yang sederhana dan lucu, memaparkan watak orang biasa atau bawahan dengan menggunakan bahasa harian yang kasar. Namun, prinsip ini telah ditentang oleh kebanyakan pengarang. Pengarang berasakan mereka lebih bebas berkarya dan memanfaatkan bentuk dan gaya yang berbeza dalam karya mereka. Ketertiban berasal daripada bahasa Latin decorum bermaksud �yang sesuai�. L

Kembali ke atas