Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.mi.kian] | دمکين

Definisi : begitu, begini, seperti itu (ini); ~lah halnya begitulah halnya; oleh yg ~ oleh (hal) yg begitu; dlm ~ itu ketika itu; tak ~ mahal tidak begitu mahal; sedemikian seperti (sebagai) itu, sebegitu: Esah telah bertahun hidup ~; kalau ~ indah kalau sebegitu indah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.mi.kian] | دمکين

Definisi : begitu; begini; spt itu (ini): Dgn yg ~, habislah timbunan kayu itu dimakan api. ~lah halnya. sedemikian spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demikian

Peribahasa

Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada,
     ada mengada),
masakan tempua bersarang rendah.

Bermaksud :

Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

 

Lihat selanjutnya...(2)

500

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Di mana ranting patah, di situ air disauk

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana ranting patah, di situ air disauk!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
act of wartindakan perangSains PolitikHubungan AntarabangsaMenurut tatacara peraturan antarabangsa, negara atau pemerintah mempunyai hak untuk mengambil tindakan perang apabila merasakan perlu berbuat demikian. Prinsip yang boleh mengekang tindakan perang ini dipengaruhi oleh pertimbangan kebajikan umum. Namun demikian, dalam keadaan mutakhir ini piagam PBB mengenai peperangan dengan jelas telah memutuskan sempadan tindakan pemaksaan (perang) secara sah atau tidak sah. Tindakan kekerasan hanya boleh dikenakan bagi tujuan mempertahankan diri. Walau bagaimanapun, dalam keadaan mekanisme pengurusan konflik yang lemah kebanyakan negara menangani konflik secara kekerasan termasuklah perang. Dalam keadaan semasa, perang gerila dan tindakan keganasan secara terancang menjadikan peraturan peperangan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Penglibatan pihak asing dalam kancah perang saudara dan perang antara negara merumitkan lagi keadaan, seperti krisis di Timur Tengah.
hence or otherwiseoleh yang demikian atau kalau tidakMatematikTiadaTiada
in the circumstanceoleh yang demikian ituPentadbiranTiadaTiada
now thereforemaka oleh yang demikianUndang-undangTiadaTiada
hydrogen starsbintang hidrogenMatematikTiadaBintang kelas A yang dinamai demikian kerana garis domain yang terdapat dalam spektrum masing-masing.
stuporstuporPerubatanTiadaKeadaan hampir tak sedar diri. Dalam keadaan demikian pesakit dapat bergerak balas hanya jika dirangsang dengan kuat.
pyranometerpiranometerMatematikTiadaAlat untuk mengukur kelutsinaran langit dan dengan yang demikian itu menentukan juga jumlah sinaran suria.
chonolithkonolitosGeologiTiadaRejahan igneus yang mempunyai bentuk yang tidak sekata dan dengan yang demikian tidak dapat dikelaskan sebagai lakolitos, korok, sil, atau jasad-jasad yang lainnya.
allochemical metamorphismmetamorfisme alokimiaGeologiTiadaMetamorfisme yang disertai penambahan dan penyingkiran bahan dan dengan yang demikian, komposisi kimia pukal batuan tersebut berubah.
false ribtulang rusuk sampinganPerubatanTiadaKelima-lima pasangan tulang rusuk yang bawah, yang dinamai demikian kerana tidak berhubung secara langsung dengan sternum.
12345678910...

Kembali ke atas