depression | depresi | Perubatan | Tiada | Pengurangan atau penurunan aktiviti fungsian, misalnya depresi gelombang ST dalam EKG (elektrokardiogram). |
dothiepin hydrochloride | dotiepin hidroklorida | Kimia | Forensik | Formula kimia, C29H2INS.HCI; nama dagang, Prothiaden. Hablur dengan takat lebur 218�C - 221�C, yang larut dalam air, etanol, kloroform dan tak larut dalam eter. Ubat antidepresan trisiklik ini digunakan dalam rawatan penyakit depresi dan depresi dengan kerisauan, terutamanya apabila sedasi diperlukan. |
mood disorder | kecelaruan rasa hati | Psikologi | Psikologi Umum | Kumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untu |
depression | depresi/kemurungan | Perubatan | Tiada | Keadaan mental yang mempunyai ciri seperti perasaan sedih dan putus asa serta gangguan terhadap aktiviti harian. Keadaan ini merupakan tindak balas mental yang normal terhadap sesuatu musibah atau merupakan penyakit jiwa sekiranya teruk dan berpanjangan. |
depression | depresi | Psikologi | Psikologi Umum | Lihat kemurungan. |
depression | depresi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan yang menghala ke arah bawah pada satah frontal. Contohnya, pergerakan skapula (tulang bahu) yang menghala ke bawah semasa latihan mengangkat bebanan. Lihat juga satah frontal. Banding elevasi. |
depression | depresi | Sains Kesihatan | Tiada | Pergerakan mata atau muka menghala ke atas. |
inbreeding depression | depresi pembiakbakan dalam | Biologi | Genetik | Kehilangan vigor yang diukur melalui kekurangan kadar pertumbuhan, kehilangan kesuburan, kekurangan kebarangkalian untuk mansiri dan sebagainya. Keadaan ini berlawanan dengan heterosis atau vigor hibrid. |
depression of haemopoiesis | depresi hemopoiesis | Perikanan | Tiada | Tiada |
depression of teeth | depresi gigi | Perubatan | Tiada | Prosedur menekankan gigi untuk memperbaiki oklusi dan jajaran. |