Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di tengah-tengah

Puisi
 

Apa putih di tengah laut? Anak Cina menangguk udang;
     Apa putih di tengah rambut? Bunga cina baru nak kembang.


Lihat selanjutnya...(97)
Peribahasa

Gajah sama gajah berjuang,
     pelanduk mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).

 

Lihat selanjutnya...(46)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
medianmedianMatematikTiada1. Nilai nombor yang di tengah-tengah susunan seset nombor sekiranya nombor-nombor itu disusun mengikut tertib. Jika terdapat dua nombor di tengah-tengah susunan, purata dua nombor itu ialah nilai median. Misalnya, median bagi nombor-nombor 4, 5, 6, 7, 8 ialah 6.2. Garis lurus yang menghubungkan bucu segi tiga dengan titik tengah pada sisi bertentangan.
medianmedianMatematikTiada1. Nilai nombor yang di tengah-tengah susunan seset nombor sekiranya nombor-nombor itu disusun mengikut tertib. Jika terdapat dua nombor di tengah-tengah susunan, purata dua nombor itu ialah nilai median. Misalnya, median bagi nombor-nombor 4, 5, 6, 7, 8 ialah 6. 2. Garis lurus yang menghubungkan bucu segi tiga dengan titik tengah pada sisi bertentangan. RUJUK RAJAH M.S. 64
mesenchymamesenkimaGeologiTiadaJisim tisu di tengah-tengah di antara ektoderma dan endoderma gastrula.
middle stripjalur tengahKejuruteraanKejuruteraan BangunanJalur yang mengambilkira kawasan di tengah-tengah di antara satu tiang dengan tiang yang lain pada papak konkrit dua hala.
downtownpusat kotaLandskapTiadaKawasan di tengah-tengah kota yang biasanya juga menjadi kawasan perniagaan.
desmosomedesmosomBiologiHistologi dan SitologiStruktur bipartit di tengah-tengah jambatan antara sel, yang menjadi tapak pelekatan sel dengan sel dan terdiri daripada membran menebal yang selari antara satu dengan yang lain serta dipisahkan oleh ruang antara sel dan oleh berkas filamen sitoplasma halus yang menganjur ke sitoplasma. Struktur ini pernah dikatakan sebagai penghubung selanjar sitoplasma antara sel.
pithempulurBotaniTiadaTisu parenkima yang terdapat di tengah-tengah pusat batang, yang dilingkungi oleh tisu vaskular. Empulur selalunya terdapat dalam akar tumbuhan herba, tetapi jarang terdapat dalam akar tumbuhan berkayu. Sel-sel parenkima empulur biasanya berbentuk isodiametrik ataupun berbentuk silinder dengan dinding sel yang nipis dan sel tersusun longgar.
island displayperagaan pulauKesenianTiadaPeragaan barang-barang di tengah-tengah ruang.
mesenchyma/ mesenchymemasenkimaBiologiHistologi dan SitologiJisim tisu di tengah-tengah antara ektoderma dan endoderma gastrula.
centre of circlepusat bulatanMatematikTiadaTitik yang terletak di tengah-tengah bulatan.
12345678910...

Kembali ke atas