Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Burung merak burung di rimba,
     Burung makan padi setangkai;
Belum layak rupanya dia,
     Hendak mati bertindih bangkai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

152

A good deed is never forgotten

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never forgotten indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
excommunicationpengucilanSejarahTiadaPerihal tindakan yang memencilkan seseorang daripada menyertai gereja Kristian atau diberikan pengkebumian oleh gereja sekiranya dia mati kecuali setelah dia mengaku segala dosanya serta mendapat pengampunan.
empathicberempatiPsikologiPsikologi UmumKeupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain, objek semula jadi atau produk estetika. Seseorang itu dianggap berempati dengan orang lain apabila dia menyedari dan memahami perasaan, keperluan dan penderitaan mereka. Contohnya, apabila berlaku kematian, tingkah laku empati ditunjukkan melalui sokongan emosi dan sosial seperti menziarahi keluarga si mati, memberi bantuan kewangan dan ucapan takziah. Contoh empati terhadap objek semula jadi atau produk estetika adalah apabila pemandu dan penumpang kereta mencondongkan badan mereka ke hadapan semasa mendaki bukit supaya kereta yang dinaiki tidak merasa berat dalam pendakian itu.
Islamic Fiqh AcademyAkademi Fikah IslamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk melakukan penyelidikan dan mengeluarkan hukum tentang isu-isu kontemporari berdasarkan prinsip perundangan Islam sebagai panduan umat Islam sedunia. Keputusan yang dibuat oleh akademi ini merupakan satu ijtihad yang melibatkan ulama dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Contohnya, dalam Persidangan Akademi Fikah Islam ke-4 di Jeddah, Arab Saudi pada 11 Februari 1988, satu fatwa telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa �diharuskan organ si mati dipindahkan kepada yang hidup apabila kehidupan penerima organ itu bergantung pada penerimaan organ tersebut atau keselamatan fungsi asas dalam diri penerima bergantung pada penerimaan organ tersebut, dengan syarat mendapat keizinan daripada penderma sebelum dia meninggal dunia atau keizinan daripada waris selepas dia meninggal dunia, atau daripada pemimpin masyarakat Islam jika si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris
potassium carbonate poisoningkeracunan kalium karbonatKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan kalium karbonat (formula kimia, K2CO3). Tanda utama keracunan ialah kakisan, Kesan kakisan ialah pemusnahan superfisial pada kulit atau membran mukus. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit teruk, muntah, cirit-birit, dan pengsan, Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, dia mungkin pulih selama 2 - 4 hari, tetapi mengalami sakit abdomen yang teruk dengan tiba-tiba, kekejangan abdomen, dan tekanan darah turun dengan cepat, yang menandakan penembusan gasteratau esofagus. Keracunan kronik akibat penyentuhan pada kulit menyebabkan dermatitis kronik. Dos parah yang dianggarkan pada orang dewasa ialah 20 g.

Kembali ke atas