Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diadaptasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Norman architectureseni bina NormanKesenianSeni BinaSeni bina yang diadaptasi daripada seni bina Romanesque. Ia berasal dari Normandy di barat laut Perancis. Gaya ini mencapai kemuncaknya di England pada akhir tahun 1000-an selepas penaklukan Norman pada tahun 1066 dan 1100-an. Seni bina Norman terkenal kerana cirinya yang sangat besar, pembinaan siling kekubah enam bahagian, dan penggunaan corak hiasan berukir Celtik dan Carolingian. Contoh seni bina Norman termasuk Gereja St. �tienne dan La Trinit� di Caen, Perancis, dan Katedral Ely dan Durham di England.
open educational resource (OER)sumber pendidikan terbuka (OER)Teknologi Maklumate-PembelajaranBahan pembelajaran digital berstatus hak terbuka yang boleh diguna pakai, disalin, diadaptasi, dan dikongsikan untuk tujuan ilmiah.
organic architectureseni bina organikKesenianSeni BinaSeni bina yang diilhamkan oleh tokoh arkitek moden, Frank Lloyd Wright yang menghubungkan unsur alam dengan lingkungan bangunan yang dibina. Menurut Wright, bangunan harus mampu diadaptasi dengan konteks yang ada di sekitarnya. Hal ini menjadikan bangunan rekaan Wright bersatu dengan tapaknya, tidak menjadikannya secara �sombong berteriak untuk menunjukkan dirinya, tetapi lebih terlihat �bersuara harmoni dengan persekitarannya.� Seni bina ini memperlihatkan penghargaan terhadap alam semula jadi dan melihat alam sebagai elemen yang tidak dapat dipisahkan dalam perancangan reka bentuk bangunan.
repurposetujuan semulaTeknologi MaklumatTiadaMengubah format media kepada bentuk format yang lain. Contohnya mengubah bahan cetak kepada bahan dalam talian atau dalam CD-ROM. Contoh lain, komik Kampung Boy dan Mat Som hasil karya Lat diadaptasi kepada wayang gambar, disadur menjadi siri televisyen, dan di simpan dalam VCD.
repurposetujuan semulaTeknologi MaklumatTiadaMengubah format media kepada bentuk format yang lain. Contohnya mengubah bahan cetak kepada bahan dalam talian atau dalam CD-ROM. Contoh lain, komik Kampung Boy dan Mat Som hasil karya Lat diadaptasi kepada wayang gambar, disadur menjadi siri televisyen, dan di simpan dalam VCD.
reinventing governmentpenciptaan semula kerajaanPentadbiranPentadbiran Awam

Satu projek dalam pembaharuan pentadbiran yang membawa pendekatan baru yang lebih mengutamakan unsur-unsur keusahawanan, kecekapan dan keberkesanan. Konsep ini telah dikemukakan oleh David Osborne dan Ted Gaebler yang menekankan kepada pentadbiran kerajaan baru yang boleh diadaptasi dan kemudian mendapat sambutan dan kepercayaan rakyat. Kerajaan baru ini mestilah berupaya menjadi sebuah kerajaan yang berkualiti tinggi, dapat menawarkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan, memberikan lebih insentif berbanding arahan kepada pekerja, lebih peka kepada persekitaran dan yang lebih utama ialah membentuk sikap keusahawanan dalam pentadbiran. Konsep ini menolak model pentadbiran konvensional yang memberi penekanan kepada hierarki kerja. Perkara yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan baru ini adalah dengan memberikan kuasa kepada komuniti untuk menjalankan sesuatu program, berpandukan misi dan bukannya peraturan, menggalakkan persaingan dan bukannya monopoli, melaksanakan desentralisasi kuasa, mengurangk

gingival crevicekrevis gingivaPergigianTiadaKawasan gusi di sekeliling gigi berbentuk seperti longkang yang cetek. Bagi gusi yang sihat, krevis gingiva mempunyai kedalaman 1.0 mm - 2.0 mm. Jika terdapat penyakit gusi, paras krevis ini akan menjadi lebih dalam dan berbentuk poket gingiva. Pinggir restorasi yang melibatkan kawasan krevis gingiva harus diadaptasi dengan baik tanpa sebarang lebihan atau terlebih kontur kerana boleh menyebabkan permulaan penyakit gusi.
open education (OE)pendidikan terbuka (OE)Teknologi Maklumate-PembelajaranPendidikan tanpa mengira latar belakang akademik, geografi dan kemudahan teknologi bagi tujuan berkongsi semua sumber, idea, pengetahuan, kaedah, platform, alat, pendekatan dan bahan dalam pembelajaran dan pengajaran secara percuma serta terbuka. OE merangkumi sumber, alat dan amalan yang bebas halangan perundangan, kewangan dan teknikal serta boleh diguna, dikongsi dan diadaptasi sepenuhnya dalam persekitaran digital. OE memaksimumkan kuasa Internet untuk menjadikan pendidikan lebih mampu, boleh capai dan berkesan.
Purple BookBuku UnguTeknologi MaklumatTiadaDokumen spesifikasi untuk format cakera padat ketumpatan berganda (DDCD). Dokumen ini diberi nama Buku Ungu secara tidak rasmi oleh Sony dan Philip. Buku Ungu menyediakan spesifikasi bagi membolehkan sekeping CD menyimpan 1.3 Gigabait, iaitu dua kali ganda kapasiti CD biasa dengan menyempitkan trek nada dari 1.6 mikron kepada 1.1 mikron, dan memendekkan panjang pit minimum dari 0.833 mikron kepada 0.623 mikron. Kandungan spesifikasi Buku Ungu yang lain ialah kaedah pembetulan ralat yang baru yang dikenali sebagai CIRC7 yang diadaptasi dari format fail ISO 9660, serta pengimbasan pada kelajuan 0.9 meter per saat.
gingival bevelbevel gingivaPergigianTiadaPenyediaan gigi yang berbentuk serong sebanyak 450 dari paksi mendatar kaviti di lantai gingiva. Penyediaan bevel ini selalunya dibuat untuk penyediaan kaviti restorasi logam seperti inlai dan onlai. Ia dibuat bagi memudahkan padanan tuangan inlai atau onlai di pinggir kaviti kerana penyediaan ini akan menyebabkan terbentuknya logam yang nipis di pinggir kaviti. Logam yang nipis ini mudah digilap untuk diadaptasikan di pinggir kaviti. Sekiranya bevel gingiva tidak dibuat, logam yang terbentuk di pinggir akan tebal. Sekiranya terdapat kekurangan logam tuangan menyebabkan ia tidak dapat digilap kerana logam yang tebal adalah keras dan tidak mudah diadaptasi.

Kembali ke atas