jarcha | jarcha | Kesusasteraan | Tiada | Rangkap akhir dalam puisi al-muwashshahah dan dianggap sebagai penutup atau penamat puisi tersebut. Puisi al-muwashshahah yang tidak berakhir dengan jarcha dianggap tidak lengkap dan tidak menepati syarat yang diperlukan dalam pembentukan al-muwashshahah. Oleh itu, jarcha dianggap bahagian asas dalam binaan al-muwashshahah. Jarcha biasanya mengandungi beberapa keratan ayat dengan menggunakan wazan (meter) serta qafiah (huruf akhir) yang sama seperti yang terdapat dalam matla� dan qufl. Bahasa yang digunakan dalam jarcha diolah menjadi bahasa Arab standard. Penggunaan bahasa standard ini mengikut kaedah tatabahasa, dan kadangkala bahasa pasar atau bahasa asing digunakan. Rangkap terakhir puisi al-muwashshahah ini seing digunakan oleh para penyair, dan memberikan isyarat kepada pendengar bahawa puisi ini sudah sampai ke penghujungnya. Jarcha dikenali juga sebagai kharja. |
inviscid flow | aliran invisid | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Aliran yang dianggap unggul, iaitu kelikatan bendalir dianggap sifar. Ini tidak bermakna nilai nombor Reynolds menghampiri ketakterhinggaan kerana aliran invisid terjadi dalam kes berikut: a. Halaju bendalir akan menjadi sifar pada permukaan pepejal yang menyempadani aliran itu. Maka kecerunan halaju yang tinggi akan terbentuk, yang menyebabkan komponen pemindahan momentum likat (pemindahan momentum disebabkan oleh pergerakan molekul) boleh diabaikan. b. Bagi aliran bernombor Reynolds yang tinggi, lapisan sempadan hanya menguasai pecahan kecil arus pengaliran. Di luar lapisan sempadan, aliran inersia adalah dominan, dan oleh itu komponen daya likat dianggap kecil. c. Pengaliran bendalir yang disempadani oleh pengaliran yang lain seperti pengaliran jet bebas, pengaliran melalui orifis, pengaliran melalui muncung, dan gelombang permukaan. Kes lain ialah perambatan gelombang akustik, kejutan, dan letupan. |
standard atmosphere | atmosfera piawai | Sains | Hidrometeorologi | 1. Taburan menegak hipotetis bagi suhu, tekanan serta ketumpatan atmosfera, yang mengikut perjanjian antarabangsa dianggap mewakili atmosfera bagi maksud penentukuran altimeter tekanan, penilaian prestasi kapal terbang, perekabentukan peluru berpandu dan kapal terbang, jadual balistik, dan sebagainya. Dalam keadaan itu udara dianggap mematuhi hukum gas sempurna dan persamaan hidrostatik yang apabila kedua-dua ini diambil kira bersama mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak berubah mengikut ketinggian. 2. Unit piawai tekanan atmosfera yang ditakrifkan sebagai tekanan yang dikenakan oleh suatu turus raksa setinggi 760 mm pada graviti piawai (980.665 cm/cm2) dan suhu 0�. |
putative author | pengarang anggapan | Kesusasteraan | Tiada | Pengarang rekaan yang dianggap sebenar dalam sebuah karya, iaitu dengan membina watak dalam karya yang dianggap sebagai pengarang buku. |
perturbation | usikan | Sains | Hidrometeorologi | Sebarang sisihan yang diperkenalkan ke dalam sistem yang dianggap berkadaran tunak. Magnitud sisihan ini selalu dianggap kecil dan oleh itu hasil darab sebutan-sebutan dalam pembolehubah bersandar boleh diabaikan; istilah usikan kadang kala digunakan sebagai sinonim usikan kecil. Usikan boleh tertumpu pada satu titik atau dalam ruang isipadu yang terhingga; atau ia boleh merupakan gelombang (fungsi sinus, kosinus); atau, dalam kes sistem yang berputar, ia boleh menjadi simetri pada paksi putaran; atau ia boleh wujud sebagai alihan akibat gangguan seperti ombak. Dalam meteorologi sinoptik, istilah ini telah banyak digunakan untuk sebarang sisihan daripada aliran zon dalam arus zon utama atmosfera. Istilah ini khusus digunakan bagi gangguan seperti ombak dalam lingkungan angin timuran tropika. |
primary reference fuel | bahan api rujukan utama | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Campuran isooktana (dianggap nombor oktana 100) dengan n-heptana (dianggap nombor oktana 0) yang digunakan untuk menentukan kadaran oktana gasolin komersial. |
second quantization | pengkuantuman kedua | Fizik | Moden | Proses menganalisis medan klasik yang dianggap sebagai himpunan zarah. Perubah medan (keupayaan elektromagnet atau fungsi gelombang) dianggap sebagai pengoperasi yang memenuhi aturan komutasi. Proses ini menghasilkan formalisme yang zarah-zarahnya dapat dihasilkan dan dimusnahkan. |
second quantization | pengkuantuman kedua | Fizik | Mekanik Kuantum | Proses menganalisis medan klasik yang dianggap sebagai himpunan zarah. Perubah medan (keupayaan elektromagnet atau fungsi gelombang) dianggap sebagai pengoperasi yang memenuhi aturan komutasi. Proses ini menghasilkan formalisme yang zarah-zarahnya dapat diwujudkan atau dimusnahkan. |
Permo-Carboniferous | Permo-Karbon | Geologi | Tiada | 1. Kala Perm dan kala Kapur yang dianggap sebagai satu unit.,2. Kala Perm dan kala Pennsylvania yang dianggap sebagai satu unit.,3. Unit batuan atau kala masa geologi, peralihan di antara kala Pennsylvania Atas dan kala Perm Bawah. |
ether | eter | Fizik | Mekanik | Medium hipotesisan yang pada suatu masa dahulu dianggap memenuhi semua ruang dan membawa gelombang cahaya dan gelombang elektromagnet yang lain. Medium tersebut dianggap sangat kenyal dan juga sangat ringan, serta dapat memancarkan gelombang-gelombang melintang dengan halaju cahaya, di samping mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi dalam jirim berbanding dengan dalam ruang bebas. |