Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diapit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hookerhukerSukanTiadaPemain baris pertama yang diapit oleh dua orang prop. Tugas penting huker ialah mengait bola dengan kaki semasa skrum.
photoconductive cellsel fotokonduksianMatematikTiadaPeranti elektronik yang terdiri daripada lapisan semikonduktor yang diapit di antara dua sesentuh elektrik.
laminated glasskaca berlaminaKejuruteraanTiada1. Cermin keselamatan untuk kenderaan, dengan saput plastik lut sinar diapit di antara plat-plat kaca, dengan itu mengurangkan penyerpihan dan menghalang penembusan penumpang.
photovoltaic cellsel fotovoltanKimiaKimia AnalisisSel fotoelektrik yang terdiri daripada satu lapisan semikonduktor yang diapit oleh lapisan argentum dan lapisan logam dasar. Ia digunakan untuk mengukur keamatan foton melalui penjanaan voltan merentasi lapisan semikonduktor itu. Ia digunakan juga sebagai sel lapisan sawar.
simpai penyematsimpai penyematKesenianTiadaTali atau rotan untuk mengikat penyemat pada bok. Apabila dipasang busur, kepala wau diapit dengan bok dan penyemat.
formed in-place gasketgasket bentuk setempatKejuruteraan AutomotifEnjinBahan yang diletakkan di antara dua permukaan yang akan diapit dengan manik plastik yang diletakkan dengan menggunakan alat khas atau bahan gel yang dipicit daripada tiub.
Cooke objectivekanta objek CookeFizikOptikTiga kanta objek yang terdiri daripada kanta dwicekung yang merupakan komponen bercapahan dan diapit oleh kanta dwicembung. Kanta ini digunakan dalam kamera astronomi.
metal insulator metal junctionsambungan logam penebat logamFizikNanoteknologiStruktur peranti elektronik yang terdiri daripada satu lapisan tipis penebat yang diapit oleh dua logam, sama ada logam yang sama atau berlainan jenis. Ketebalan lapisan penebat terdiri daripada beberapa nanometer. Jika lapisan penebat terlalu tipis, penerowongan elektron tunggal dapat berlaku.
waffle bakerpembakar wafelSosiologiTiadaAlat pembakar yang mempunyai dua permukaan logam bercorak wafel yang biasanya berengsel untuk membakar wafel dengan cara diapit.
vermiculitevermikulitKejuruteraanPetroleumSejenis mineral lempung yang mempunyai binaan lapis kekisi yang rencam. Susunan lapis kekisinya terdiri daripada unit talkum (Mg6SiB D20 (DH, F) 4) yang diapit oleh unit lapisan brusit (Mg6 (OH) 12). Struktur ini mirip binaan struktur mineral montmorilonit dan klorit. Mineral lempung ini tidak banyak dijumpai dalam sedimen laut yang berusia muda.
12

Kembali ke atas