hydrophobic filter | penuras hidrofobik | Sains Kesihatan | Tiada | Penuras yang tidak dibasahi bahan berair. |
pellicle | pelikel | Biologi | Mikologi | Kutikel tipis dan pilih yang melekit jika dibasahi. Kutikel ini mudah mengelupas atau menyerpih. |
wetted wall column | turus dinding basah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Turus yang dibasahi oleh suatu saput cecair yang mengalir pada permukaan dinding turus. Arus aliran gas dipamkan selari atau berlawanan dengan arah pengaliran saput cecair. Alat ini digunakan dengan meluas sebagai satu kaedah penukaran haba dan jisim yang serentak. |
wettability | keterbasahan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Keupayaan permukaan kayu dibasahi cecair akibat pengurangan tegangan permukaan cecair. Cecair tersebut akan merebak dan membasahi permukaan. Ini merupakan satu sifat yang penting dalam aspek pemerekatan kayu. |
dry operating field | kawasan rawatan kering | Perubatan | Tiada | Kawasan rawatan yang tidak dibasahi oleh liur atau cecair lain bertujuan untuk mengurangkan infeksi dan memperbaiki penglihatan. |
oil wet rock | batuan basah minyak | Kejuruteraan | Tiada | Batuan yang lebih cenderung dibasahi minyak berbanding dengan air. |
water-wet rock | batuan basah air | Kejuruteraan | Tiada | Batuan yang permukaannya lebih cenderung dibasahi oleh air dibandingkan dengan minyak. |
dry bulb temperature | suhu bebuli kering | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Suhu yang direkodkan oleh termometer apabila permukaan bebuli kering atau dibasahi oleh cecair yang tidak meruap. |
pleura | pleura | Perubatan | Tiada | Membran serosa yang melapisi peparu dan rongga toraks. Terdapat dua pleura, iaitu pleura kanan dan kiri. Membran ini dibasahi dengan rembesan serosa yang memudahkan pergerakan peparu di dalam dada. |
hydraulic diameter | garis pusat hidraulik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Garis pusat yang ditakrifkan sebagai dengan DH = garis pusat hidraulik, S = luas keratan rentas, Pw = lilitan yang dibasahi bendalir (m). Garis pusat hidraulik bagi sesuatu saluran adalah sepadan dengan garis pusat bagi saluran berbentuk sembarangan. |