waqf takaful | takaful wakaf | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pelan takaful yang menghendaki supaya peserta mewakafkan semua perolehan manfaat takaful apabila peserta itu meninggal dunia atau pelan takaful berkenaan telah matang. Wakif boleh menentukan mana-mana penerima wakaf sebagaimana yang disenaraikan oleh syarikat pengendali takaful. Kelebihan pelan takaful wakaf ialah wakif dapat memberi sumbangan wakaf dengan nilai lebih besar berbanding nilai caruman takaful yang telah dibayarnya. Contohnya, Pelan Takaful Wakaf yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad. |