declarative memory | ingatan pengisytiharan | Gerontologi | Tiada | Perihal ingatan yang menyimpan fakta dan peristiwa serta boleh dibincangkan. |
spiral curriculum | kurikulum berpusar | Pendidikan | Tiada | Kurikulum yang pada awalnya mengemukakan idea yang mudah, dan kemudian dibincangkan dengan lebih mendalam pada tahun berikutnya. |
general opinion | pendapat umum | Komunikasi | Tiada | Pernyataan sikap secara lisan oleh anggota masyarakat mengenai sesuatu isu yang dibincangkan secara umum dan dipersetujui demi untuk kepentingan bersama. |
trending | sohor kini | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Suatu yang muncul sebagai popular; disebut secara meluas dan dibincangkan dalam ruang maya atau Internet. Contohnya laman media sosial. |
permissive bargaining issue | isu tawar-menawar berizin | Pentadbiran | Tiada | Isu yang boleh dibangkitkan dalam tawar-menawar tetapi tidak semestinya dibincangkan. |
policy-making process | proses membuat dasar | Sejarah | Tiada | Proses untuk membuat sesuatu dasar biasanya melibatkan kertas kerja atau rangka rancangan yang dibincangkan bersama-sama dalam sebuah jawatankuasa. |
nominal group technique | teknik kumpulan nominal | Pengurusan | Perancangan | Teknik pembuatan keputusan berkumpulan dengan cara setiap ahli akan menulis pendapat atau cadangan penyelesaian masalah yang ingin dikemukakan. Kemudian, mereka akan menyuarakan cadangan tersebut kepada ahli kumpulan untuk dibincangkan secara bersama-sama, dan seterusnya menyenaraikan cadangan mengikut kepentingan sebelum memilih alternatif terbaik. Kelebihan teknik ini ialah ia dapat memberikan peluang dan galakan kepada semua ahli untuk menyuarakan pandangan dan pendapat untuk dibincangkan sebelum keputusan dibuat. |
travelling file | fail edar | Pendidikan | Tiada | Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah secara berkumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu fail soalan bermasalah untuk dibincangkan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh guru. Murid kemudiannya memasukkan jawapan ke dalam fail dan diberikan fail tersebut kepada kumpulan lain. Kumpulan lain yang mendapat fail itu perlu membaca soalan dan membuat penambahbaikan terhadap jawapan tersebut. |
exordium | pendahuluan | Komunikasi | Tiada | Bahagian pertama dalam sesuatu karya tulisan atau ucapan yang mengandungi huraian mengenai persiapan mental yang diperlukan oleh khalayak sebelum dinyatakan masalah yang akan dibincangkan. |
Committee on Trade and Development | Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Jawatankuasa kerja dalam WTO yang bertanggungjawab membincangkan isu-isu perdagangan dan pembangunan. Antara isu yang dibincangkan ialah pemberian bantuan teknikal oleh negara maju kepada negara membangun dan koordinasi antara WTO dan pertubuhan antarabangsa lain berkenaan isu perdagangan dan pembangunan. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menjadikan perkara di bawah peruntukan �layanan istimewa dan berbeza� lebih efektif selain mewujudkan program khas untuk negara-negara yang mempunyai sumber ekonomi yang kecil. |