protected person | orang dilindungi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Golongan manusia yang tidak boleh dibunuh atau dicederakan dalam konflik bersenjata. Orang dilindungi ialah orang yang tidak mengambil bahagian dalam permusuhan (seperti orang awam, pegawai perubatan, dan petugas kemanusiaan) dan orang yang tidak lagi mampu berperang (seperti askar yang cedera atau sakit, dan tawanan perang). Mereka dilindungi daripada dibunuh, dicederakan atau perbuatan-perbuatan ganas lain. Wanita dan kanak-kanak pula dilindungi secara khusus. Wanita dilindungi daripada dirogol, pelacuran paksa, kehamilan paksa, serangan sumbang dan perhambaan. Kanak-kanak dilindungi daripada digunakan untuk menyertai permusuhan dan perhambaan. Perbuatan mencederakan orang dilindungi merupakan jenayah perang dan/atau jenayah terhadap kemanusiaan. |
abduction-rape-murder | culik-rogol-bunuh | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan melarikan seseorang dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Mangsa akan dirogol lalu dibunuh semasa pemelarian atau selepas tempoh pemelarian itu, atau sebaliknya dibunuh lalu dirogol. |
bacterin | bakterin | Kimia | Tiada | Bakteria yang mengalami proses pengatenuatan atau dibunuh dan disuntik ke dalam tubuh untuk meningkatkan keimunan daripada jangkitan bakteria yang berkaitan. |
bacterin | bakterin | Biologi | Mikrobiologi | Bakteria yang telah mengalami proses pengatenuatan atau dibunuh. Bakteria ini disuntik ke dalam jasad untuk meningkatkan keimunan perumah daripada jangkitan bakteria yang berkaitan. |
susceptible organism | organisma rentan | AIDS | Tiada | Organisma yang replikasinya mudah direncat atau dibunuh akibat pemberian ubat tertentu. |
vaccine | vaksin | Biologi | Mikrobiologi | Sediaan yang terdiri daripada mikroorganisma seperti virus dan bakteria yang telah dibunuh atau diatenuat. Istilah ini juga merujuk kepada bahagian protein mikroorganisma yang boleh merangsang pengeluaran antibodi yang berkaitan. |
endosaprophytism | endosaprofitisme | Biologi | Mikologi | Cara pemakanan, misalnya cara pemakanan liken, yang dengannya beberapa sel alga dibunuh terlebih dahulu dan kemudian makanan dari sel-sel alga yang mati itu diserap secara saprofit. |
necrotoph | nekrotof | Biologi | Patologi | Perihal organisma, biasanya kulat, yang memperoleh nutriennya daripada sel yang telah dibunuh olehnya hingga menyebabkan gejala nekrosis. Proses pembunuhan sel tersebut berlaku dengan cepat. lih pertofit. bd. biotrof |
intercellular product | produk antara sel | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Produk proses penapaian yang masih berada di dalam sel, dengan sel perlu dibunuh untuk mendapatkan produknya. |
personal legends | legenda peribadi | Kesusasteraan | Tiada | Cerita tentang ketokohan seseorang yang mempunyai keistimewaan tertentu yang tidak dimiliki oleh tokoh lain. Contoh: kekebalan Si Pitung yang hanya dapat dibunuh dengan peluru emas, Hang Jebat hanya mati di tangan Hang Tuah dengan keris Taming Sari. |