fresh gas flow | aliran gas segar | Perubatan | Tiada | Kadar aliran oksigen yang dicampurkan dengan nitrus oksida atau oksigen yang dicampurkan dengan udara liter/minit) yang diberikan kepada pesakit semasa pembiusan umum. |
mercaptan | merkaptan | Kejuruteraan | Petroleum | Sebatian organik yang menyerupai alkohol tetapi terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan sulfur. Kebanyakan sebatian ini berbau busuk (menyerdak) dan umumnya dicampurkan ke dalam gas asli, gasolin atau bahan bakar. Jika dicampurkan ke dalam gas asli atau gasolin, ia bertindak sebagai bahan bauan sehingga menyebabkan gas asli atau gasolin berkenaan berbau bawang putih busuk. Dengan demikian kehadiran gas asli atau gasolin berkenaan dapat dikesan. Jika dicampurkan ke dalam sebagian antiketuk, ia akan meningkatkan mutu antiketuk sebatian tersebut tetapi tidak bersifat pengakis. Rujuk : sebatian antiketuk. |
antifreeze | antisejuk beku | Kimia | Tiada | Bahan yang menurunkan takat beku air. Antisejuk beku lazimnya dicampurkan ke dalam air penyejuk radiator untuk menghalang pembekuan air berkenaan. misalnya, 1,2-etanadiol (glikol), CH2OH-CH2OH. Antisejuk beku juga dicampurkan ke dalam petrol untuk menghalang pembekuan air di dalam karburetor. Misalnya, campuran metanol dan 2-propanol. |
anti-knock agent | agen antiketuk | Kejuruteraan | Petroleum | Sebatan kimia yang apabila sedikit sahaja dicampurkan kepada suapan bahan bakar bagi enjin pembakaran dalam akan mempunyai sifat penindasan ketukan yang lebih baik. Sifat ini terjadi disebabkan oleh peningkatan pengkadaran oktana bahan bakar dalam nilai yang besar apabila sedikit sahaja sebatian kimia tersebut dicampurkan ke dalam bahan bakar. Dengan demikian, pembakaran bahan bakar tersebut akan lebih sempurna dan letupannya pun akan berkurangan atau musnah sama sekali. |
Bass-Watkin�s test | ujian Bass-Watkin | Perubatan | Tiada | Sejenis ujian Widal untuk mengesan kehadiran basilus tifoid secara pengaglutinan. Ujian ini dilakukan dengan meletakkan � titis darah pesakit di atas kepingan kaca, yang dicampurkan dengan 1 titis air dan kemudian dicampurkan dengan 1 titis ampaian pekat tifoid basilus yang telah mati. Ujian ini dilakukan dalam masa 5 minit. |
denaturant | penyahasli | Kejuruteraan | Tiada | Isotop yang dicampurkan kepada bahan mudah belah supaya bahan itu tidak sesuai digunakan secara terus di dalam senjata nuklear. |
siccative | sikatif | Kesenian | Tiada | Bahan yang dicampurkan dengan cat minyak untuk mempercepatkan pengeringan. |
drier | pengering | Kesenian | Tiada | Bahan yang dicampurkan dengan cat minyak untuk mempercepatkan pengeringan. |
neuroleptanaesthesia | neurolepanestesia | Perubatan | Tiada | Neurolepanalgesia yang dicampurkan dengan nitrus oksida yang menyebabkan anestesia. Neurolepanestesia adalah sama dengan anestesia disosiatif yang dihasilkan oleh ketamin. |
cosolvents | kopelarut | Farmasi | Farmaseutik | Bahan yang dicampurkan untuk meningkatkan keterlarutan sesuatu drug. Contoh bahan yang lazim ialah etanol. Biasanya keterlarutan sesuatu drug yang telah menerima bahan campuran lebih tinggi daripada kadar keterlarutan drug yang dapat dianggarkan daripada daya keterlarutannya dalam setiap satu komponen pelarut secara berasingan. |