angular magnification | pembesaran sudut | Fizik | Optik | Nisbah antara sudut yang didirikan oleh imej di mata dengan sudut yang didirikan oleh objek di mata bagi suatu sistem optik. |
initial stability | kestabilan awal | Kejuruteraan | Petroleum | Kestabilan rig penggerudian luar pantai apabila rig tersebut didirikan betul-betul tegak atau pun didirikan sendeng sedikit, sesuai dengan keadaan laut yang dihadapi. |
tiang seri | tiang seri | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tiang utama di dalam rumah tradisional Melayu. Tiang ini merupakan tiang pertama yang didirikan semasa pembinaan rumah, biasanya terletak di tengah rumah. Tiang seri dibuat daripada kayu pokok keras yang matang dan terpilih. Di sesetengah tempat yang mengikut adat, tiang seri akan diasap dan disertai dengan jampi serapah oleh tukang rumah sebelum dan semasa tiang didirikan. |
falsework | penyangga sementara | Kejuruteraan | Tiada | Penyangga yang didirikan sebagai struktur sementara untuk menyokong struktur binaan yang masih di peringkat pembinaan dan akan ditanggalkan apabila kerja pembinaan tersebut selesai. |
regional organization | pertubuhan serantau | Geografi | Tiada | Pertubuhan yang didirikan bagi tujuan pembangunan serantau, misalnya ASEAN, EAEC, EEC dan sebagainya. |
detached house | rumah sesebuah | Sosiologi | Tiada | Rumah yang didirikan tersendiri atau tidak bersambung dengan rumah atau bangunan lain di atas suatu tapak. |
tiang kekisi | tiang kekisi | Kesenian | Tiada | Tiang yang didirikan pada kaki tapak rahat. |
falsework | topang sementara | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Topang yang didirikan sebagai struktur sementara untuk menyokong struktur binaan yang masih di peringkat pembinaan dan ia ditanggalkan apabila kerja tersebut disiapkan. |
falsework | topang sementara | Alam Bina | Tiada | Topang yang didirikan untuk menyokong struktur binaan yang masih dalam peringkat pembinaan. |
free-standing sculpture | arca sendiri | Kesenian | Tiada | Arca yang didirikan tanpa topangan atau sokongan. |