analogy | analogi | Kesusasteraan | Tiada | Cara menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan menggunakan sesuatu perkara yang sudah difahami. Hal ini dilakukan kerana kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kehadiran beberapa ciri yang sama antara dua perkara itu dijadikan asas untuk membandingkan persamaan atau perbezaan. Walaupun kedua-dua perkara yang dibandingkan itu mempunyai persamaan, namun tidaklah persis serupa. Umpamanya, denyutan jantung diterangkan seperti cara sebuah pam berfungsi. Analogi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �bahagian yang sama rata�. Lihat juga metafora, simile. |
cryptography | kriptografi | Teknologi Maklumat | Tiada | Suatu bidang kajian penyulitan maklumat yang menukarkan maklumat dari format yang boleh difahami (contoh teks biasa) kepada format yang tidak boleh difahami oleh pihak ketiga yang tidak memiliki kunci rahsia. Berasal daripada perkataan Greek kryptós yang bermaksud “sembunyi” dan gráphein yang bermaksud “untuk tulis”. Teks sulit ini dinamakan teks sifer. Penyahsulitan ialah proses kebalikan untuk mendapatkan semula teks asal dengan menggunakan kunci rahsia juga. Contohnya teks “saya di Putrajaya”, disulitkan menjadi “xfdf in uzywfofdf”. Kod ini dicipta dengan menggantikan setiap huruf dalam teks asal dengan huruf yang berada lima kedudukan ke kanan dalam turutan huruf A – Z. |

compiler | pengkompil | Teknologi Maklumat | Perisian | Operasi menterjemahkan suatu fail yang mengandungi maklumat pengabstrakan peringkat tinggi kepada pengabstrakan peringkat rendah. Pengabstrakan peringkat rendah bermaksud pengabstrakan yang direka bentuk untuk difahami oleh komputer, manakala pengabstrakan peringkat tinggi bermaksud pengabstrakan yang direka bentuk untuk difahami oleh manusia. Operasi ini berlawanan dengan penyahkompil. Banding penyahkompil. |
decompiler | penyahkompil | Teknologi Maklumat | Perisian | Operasi menterjemahkan suatu fail yang mengandungi maklumat pengabstrakan peringkat rendah kepada pengabstrakan peringkat tinggi. Pengabstrakan peringkat rendah bermaksud pengabstrakan yang direka bentuk untuk difahami oleh komputer, manakala pengabstrakan peringkat tinggi bermaksud pengabstrakan yang direka bentuk untuk difahami oleh manusia. Operasi ini berlawanan dengan pengkompil. Banding pengkompil. |
lucid | jelas | Kesusasteraan | Tiada | Jelas: Mudah difahami, dimengerti, dan terang. |
esoteric | esoterik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang difahami oleh sekelompok khalayak yang lazimnya mempunyai minat, pengalaman dan pengetahuan khusus; puisi seperti ini penuh dengan kerahsiaan. Contohnya, puisi metafizik. |
articulation | artikulasi | Fizik | Akustik | Peratus percakapan yang difahami dengan betul oleh pendengar menerusi satu sistem alat perhubungan. |
diaphanous | diafan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mudah difahami dan dihayati. Lazimnya membawa makna selapis. Contohnya, puisi "Di Tengah Segara" karya Pungguk. Di dalam gelombang hambur-menghambur Kudengar seru sayup bahasa Hatiku lebur bagaikan hancur Hendak kurenang beta tak biasa. |
abstruse | sukar faham | Sejarah | Tiada | Keadaan yang sukar difahami dan diselami, biasanya pemikiran atau tindakan yang terselindung. |