Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digesek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rebabrebabMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang digesek. Di Indonesia dan Malaysia, rebab terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Badan alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian depannya ditutup dengan kulit. Rebab mempunyai leher panjang tanpa fret. Di Malaysia, rebab mempunyai tiga utas tali, sementara di In­donesia, rebab mempunyai dua utas tali. Alat muzik ini diletakkan secara menegak di atas lantai berhadapan pemain dan tali digesek dengan penggesek tertentu. Rebab menghasilkan melodi dalam gamelan di Indonesia dan ensembel makyong, main puteri dan wayang kulit Melayu di Malaysia. Namun begitu, rebab yang dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia mempunyai leher pendek dan dua utas tali sahaja. Alat muzik ini juga dimainkan sebagai alat solo untuk mengiringi seni penceritaan di Malaysia, seperti tarik selampit di Kelantan.

dan baudan bauMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon. Dan bau merupakan ziter  yang digesek. Badannya berbentuk kotak kayu yang berfungsi sebagai alat bergaung. Satu tali dipasang pada sebatang kayu dari satu hujung ke satu hujung yang lain. Talinya digesek dan dimainkan dalam muzik tradisional Vietnam. Sinonim dan doc huyen.

violinviolinKesenianTiadaAlat tali yang digesek dan mempunyai suara suprano atau suara tertinggi.
violabiolaKesenianTiadaAlat tali yang digesek dan mempunyai suara yang lebih rendah daripada suara violin.
rebeckrebekKesenianTiadaAlat tali yang digesek pada Zaman Pertengahan berbentuk seakan violin.Sinonim: rebec
rebecrebekKesenianTiadaAlat tali yang digesek pada Zaman Pertengahan berbentuk seakan violin.Sinonim: rebeck
arc (It)arcKesenianTiadaKayu yang digesek pada alat tali untuk menghasilkan bunyi.
arco (It)penggesekKesenianTiadaKayu yang digesek pada alat tali untuk menghasilkan bunyi.
archet (F)archetKesenianTiadaKayu yang digesek pada alat tali untuk menghasilkan bunyi. Sinonim dengan istilah arco
dilruba (In)dilrubaKesenianTiadaSitar yang digesek.
1234

Kembali ke atas