logical shift right | anjakan kanan logik | Kejuruteraan | Tiada | Operasi anjakan logik apabila digit-digit dalam kata digerakkan ke kanan. Operasi anjakan logik melibatkan anjakan dalam bentuk membulat, iaitu digit-digit yang ditolak keluar pada hujung kata dimasukkan semula pada hujung yang satu lagi. |
place holder | pemegang tempat | Matematik | Tiada | setiap digit sifar dalam sesuatu angka; ia berada di tempat tertentu supaya jelas nilai tempat bagi digit-digit yang lain. Dalam penulisan nombor, setiap digit tertentu mewakili dua puluh, manakala digit 2 di kanan mewakili dua unit. Bagi angka 203, digit 2 mewakili dua ratus, manakala digit 3 mewakili 3 unit; nilai angka 203 ialah dua ratus dan tiga. Digit 0 dalam angka 203 berfungsi sebagai pemegang tempat; tanpanya, 203 menjadi 23 yang mungkin ditafsir sebagai dua puluh tiga. |
packed decimal | perpuluhan terpadat | Kejuruteraan | Tiada | Suatu cara menstor digit-digit perpuluhan dalam ruang yang kecil, dengan menggunakan empat bit sahaja untuk setiap digit. |
bit | bit | Teknologi Maklumat | Tiada | Kependekan daripada “binary digit” (digit perduaan) iaitu nombor 0 dan 1. Unit terkecil yang sesuatu komputer boleh proses atau simpan. Secara fizikalnya bit berbentuk transistor atau kapisator dalam ingatan atau storan primer yang bernilai tepu (diwakili 1) atau tiada nilai (diwakili 0). Bit juga boleh dianalogikan dengan lampu terpadam (diwakili 0) atau menyala (diwakili 1). Lihat bait. |
significant figure | angka bererti | Kimia | Kimia Analisis | Bilangan digit yang perlu untuk menyatakan hasil pengukuran sesuai dengan kepresisan yang diukur. Ia biasanya terdiri daripada digit-digit yang diketahui dengan pasti ditambah satu digit tak pasti. Misalnya, suatu isi padu cecair 20.57 ml. Nilai 20.5 adalah nilai yang diketahui dengan pasti dan digit yang terakhir iaitu 7 merupakan nilai anggaran. Oleh yang demikian, bilangan angka bererti bagi nombor ini ialah 4. |
justification | perwajaran; pengwajaran | Kejuruteraan | Tiada | Tindakan melaras, mengatur atau mengalih digit-digit ke kiri atau ke kanan supaya ia mematuhi sesuatu corak yang telah ditentukan. |
digit compression | pemampatan digit; mampatan digit | Komputer | Tiada | Tiada |
digit compression | pemampatan digit; mampatan digit | Matematik | Tiada | Tiada |
decimal digit | digit perpuluhan | Kejuruteraan | Tiada | Digit dalam tatatanda perpuluhan, iaitu dari set digit 0 hingga 9. |
digit | digit | Matematik | Tiada | Sebarang simbol asas dalam sistem penomboran. Sistem perpuluhan (asas sepuluh) mempunyai sepuluh digit, iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, manakala sistem perduaan (asas dua) mempunyai dua digit sahaja, iaitu 0 dan 1. Misalnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit. |