policy | dasar | Pengurusan | Perancangan | Ketetapan atau peraturan yang digubal oleh pihak pengurusan atasan sebagai garis panduan penting dalam melaksanakan pentadbiran dan operasi organisasi. Dasar yang digubal seharusnya selaras dengan keperluan asas untuk mencapai wawasan dan objektif organisasi. Dasar perlu bersifat jelas serta mudah untuk difahami oleh pekerja di semua peringkat bagi melancarkan proses pelaksanaan pentadbiran dan operasi organisasi. Contohnya, dasar kualiti sesebuah organisasi yang ditetapkan sebagai panduan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ke arah pencapaian pensijilan ISO 9001. |
agrarian policy | dasar agraria | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar yang digubal bertujuan untuk pembangunan dan kepentingan sektor pertanian. Dasar ini lazimnya terdapat di negara yang menumpukan aktiviti ekonomi sebagai sumber pendapatan utama negara. Segala hasil alam, pertanian dan perindustrian akan cuba digembleng dan dimanfaatkan dalam dasar ini. Di Malaysia dasar agraria mula digubal secara konkrit melalui Dasar Ekonomi Baru. Di New Zealand, dasar pertanian diberi keutamaan oleh pemerintah negara tersebut kerana sektor pertanian menyumbang lebih daripada 70% hasil pendapatan negara itu. |
affirmative action | tindakan afirmatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar yang digubal untuk memperbetulkan keadaan atau fenomena ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang bersifat majmuk. Dasar atau tindakan ini diambil secara drastik oleh pemerintah setelah berlaku sesuatu peristiwa yang melibatkan hubungan kaum. Kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1970 telah mengambil tindakan afirmatif dalam bidang pendidikan untuk memberi peluang yang lebih saksama kepada minoriti kulit hitam. Sementara di Malaysia, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal pada tahun 1970 boleh diklasifikasikan sebagai tindakan afirmatif untuk memperbaik ketidakseimbangan yang wujud antara kaum. Sinonim tindakan pengesahan. |
federal blue print | rangka tindakan persekutuan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dokumen rasmi yang digubal oleh kerajaan persekutuan dalam merencana atau merancang program atau projek pembangunan negara. Rangka tindakan persekutuan menjadi garis panduan dan rujukan kepada pihak pemerintah atau pentadbir dalam merealisasikan matlamat dan cita-cita negara. Dokumen ini mengandungi elemen-elemen seperti teras, objektif, prinsip atau rasional dan strategi pelaksanaan khusus sesuatu aktiviti. Contohnya Rancangan Malaysia Ke-9 merupakan rangka tindakan persekutuan yang digubal untuk pihak pemerintah melaksanakan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun. |
antitrust | antipakatan | Ekonomi | Tiada | Dasar atau perundangan yang digubal untuk menghalang amalan monopoli atau kewujudan kuasa monopoli, dan sebaliknya menggalakkan persaingan dalam perniagaan. Antipakatan bertujuan melindungi pengguna supaya harga yang wujud menggambarkan harga pasaran yang berpatutan. |
declaratory statute | statut perisytiharan | Undang-undang | Tiada | Statut yang digubal untuk menjelaskan undang-undang yang berkuat kuasa tentang sesuatu perkara dengan tujuan untuk menghapuskan keraguan tanpa mengubah undang-undang itu. |
building code | kanun bangunan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kanun yang digubal bagi memastikan supaya setiap proses pembinaan yang dilaksanakan itu dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap piawai minimum, khususnya dalam aspek kesihatan dan keselamatan. |
forest regulation | peraturan hutan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Arahan yang digubal dan dipersetujui pada peringkat persekutuan atau negeri untuk diterima pakai dan dijadikan amalan semasa dalam menguruskan hutan. |
electorial law | undang-undang pilihan raya | Sejarah | Tiada | Undang-undang yang digubal dan diwartakan khusus untuk tatacara pilihan raya, biasanya berbeza di antara satu negara dengan negara yang lain. |
Computer Crime Act | Akta Jenayah Komputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Akta yang digubal untuk mentakrifkan kesalahan jenayah komputer dan penalti ke atas pesalah. |