souvenir menu | menu cenderamata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Menu yang dihadiahkan kepada pelanggan sebagai tarikan kepada pelanggan. |
jessamy gloves | sarung tangan jesami | Kesenian | Tiada | Sarung tangan berpewangi yang biasanya dihadiahkan kepada mempelai pada abad ke-17. Jesami merupakan pewangi yang sering digunakan. |
festschrift | terbitan dedikasi | Kesusasteraan | Tiada | Kumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh |
tributary state | negeri ufti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang membayar ufti atau sumbangan hadiah kepada sebuah negara lain yang lebih besar kedudukan dan kekuatannya. Ufti ini dibayar sebagai tanda menghormati, mengiktiraf kekuatan, meminta perlindungan dan jaminan supaya tidak diserang. Sumbangan pula boleh berbentuk bayaran wang, emas atau hadiah. Secara amnya, negara ini tidak dijajah secara langsung tetapi tidak juga bebas sepenuhnya kerana negara yang besar tersebut sering mengancam kedudukannya. Contohnya, bunga emas yang dihadiahkan oleh kerajaan Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada kerajaan Siam pada abad ke-18. |